MARANG: PAS mencipta rekod apabila memenangi kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kemenangan itu termasuk di kerusi Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang apabila memperoleh 73,115 undi dengan majoriti 41,729 undi.

Dalam kiraan tidak rasmi, keputusan juga amat mengejutkan apabila calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang memegang Parlimen berkenaan selama 11 penggal akhirnya tewas dengan calon PAS, Mohd Azizi Abu Naim. - BHM