PRU15: PH dakwa capai majoriti mudah untuk bentuk kerajaan
PRU15: PH dakwa capai majoriti mudah untuk bentuk kerajaan
Nov 20, 2022 | 3:43 AM
- REUTERS
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa pihaknya telah mencapai bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru. "Kami telah melepasi angka 111, 112," katanya kepada wartawan. Namun, Datuk Anwar enggan mendedahkan sokongan yang diterimanya, dan berkata ia hanya akan didedahkan selepas menyerahkan angka itu kepada Agong.

