Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PRU15: Reformasi mula dengan Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan: Khairy

Nov 20, 2022 | 9:39 PM
Foto KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA/AFP
Foto KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA/AFP -

KUALA LUMPUR: Reformasi dalam UMNO tidak boleh ditangguhkan lagi dan perubahan itu perlu berlaku sekarang dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata, selepas kalah dalam perang, panglima mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

"Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

"Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi Umno tidak boleh ditangguh lagi," katanya di Twitternya pada Ahad (20 November).

Khairy Ahli Parlimen Rembau untuk tiga penggal sebelum bertanding di kerusi Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru.

Khairy tewas kepada Datuk R Ramanan sekali gus mempertahan kerusi Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg