SEHINGGA 2 pagi (20 Nov) dan dengan 182 daripada 220 kerusi Parlimen dikira, tidak ada gabungan parti politik yang boleh membentuk kerajaan secara sendiri. Oleh itu, boleh dianggap pilihan raya umum ke-15 (PRU) telah mewujudkan Parlimen tergantung (atau hung Parliament). Tiga gabungan parti utama yang bertanding dalam PRU15 adalah Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). PH dilaporkan mendahului dengan 70 kerusi Parlimen. Namun dengan hanya baki 38 kerusi yang belum selesai dikira, ini bermakna PH tidak boleh mendapat majoriti mudah 111 kerusi meskipun jika ia menang baki kesemua kerusi yang belum selesai kiraannya. PN berada di tempat kedua dengan 53 kerusi. Sementara itu BN hanya 25 kerusi setakat ini, manakala Gabungan GPS Sarawak mempunyai 22 kerusi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg