Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PSA Sines Lisbon diluaskan jadi pelabuhan penting: Vivian

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



PELABUHAN PSA Sines di Lisbon, Portugal telah diluaskan untuk menjadi pusat pelabuhan penting di Eropah yang menghubungkan Asia melalui Singapura, menurut Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Beliau berada di sana bagi menyaksikan majlis meraikan projek peluasan pelabuhan itu, yang terletak di bandar Sines, 150 kilometer dari Lisbon.



"PSA Sines ialah pelabuhan penting bagi laluan maritim antarabangsa.



"Ia terletak secara strategik untuk menjadi hab pemindahan penghantaran utama bagi menghubungkan Eropah ke Asia melalui Singapura. Kerjasama ini akan mewujudkan banyak peluang baru bagi Singapura dan Portugal sebagai negara yang bergantung dagangan bagi kemakmuran kita,'' ujar Dr Vivian, dalam posnya di Facebook.



Mengikut sejarah, pada tahun 1498, penjelajah Portugis Vasco de Gama telah mencipta sejarah apabila menemui laluan perdagangan baru antara Eropah dengan Asia. Ini menandakan kedatangan orang Portugis ke Asia Tenggara.



Singapura dan Portugal berkongsi banyak persamaan sebagai negara maritim yang berasaskan peraturan yang stabil dan perdagangan bebas.



Hubungan dua hala ini dikongsi lebih dari 40 tahun lamanya, bahkan juga berkongsi sejarah yang berabad lamanya, unsur-unsur Portugal boleh ditemui dalam budaya, bahasa, makanan dan nama-nama jalan di Singapura.



Semasa lawatannya ke Portugal, Encik Vivian juga bertemu Menteri Luar Portugal, Encik João Gomes Cravinho dan berbincang mengenai hubungan dua hala, perkembangan di Portugal dan interaksi dengan Asean.



Dr Vivian berkata beliau menyambut baik sokongan Portugal dalam Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) Singapura-Kesatuan Eropah (EUSFTA) dan Perjanjian Perlindungan Pelaburan EU-Singapura (EUSIPA).



Beliau juga mempengerusikan bersama meja bundar menteri peringkat tinggi tentang air di Persidangan Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lisbon.



Beliau berkata pengurusan air di Singapura sangat bergantung kepada tenaga, justeru perlunya ladang suria terapung untuk menjana tenaga hijau bagi menyokong operasi dan keperluan air dalam ekosistem air.



Dalam satu setengah dekad yang lalu, osmosis berbalik membolehkan Singapura mengitar semula dan menghasilkan lebih banyak air pada harga yang berpatutan tetapi sistem itu bergantung kepada daya tahan tenaga Singapura untuk mendapatkan sokongan, tambahnya.



Lawatan kerja ke ibu negara Portugal itu yang diadakan sejak Isnin berakhir semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >