Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puak di Sudan setuju gencatan senjata sementara

May 22, 2023 | 05:30 AM



KAHIRAH/DUBAI: Puak-puak yang berperang di Sudan menandatangani perjanjian lewat Sabtu untuk gencatan senjata selama tujuh hari sedang pertempuran yang telah menjerumus negara itu ke dalam keadaan huru-hara dan menyebabkan lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal memasuki minggu keenam.



Gencatan senjata akan berkuat kuasa hari ini bermula 9.45 malam waktu Khartoum (3.45 pagi Selasa, waktu Singapura), kata penaja rundingan, Amerika Syarikat dan Arab Saudi, dalam kenyataan bersama.



Banyak perjanjian gencatan senjata sebelum ini telah dilanggar. Namun, perjanjian itu akan dikuatkuasakan oleh mekanisme pemantauan yang disokong oleh Amerika-Saudi dan antarabangsa, kata kenyataan itu tanpa memberi butiran.



Perjanjian itu juga menyeru pengagihan bantuan kemanusiaan, pemulihan khidmat penting dan pengunduran pasukan tentera dari hospital dan kemudahan awam yang penting.



"Sudah tiba masanya melenyapkan bunyi tembakan dan membolehkan akses kemanusiaan tanpa halangan. Saya memohon kedua-dua pihak agar menegakkan perjanjian ini - dunia sedang memerhatikan," kata Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken.



Pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dengan pasukan separa tentera Angkatan Sokongan Pantas (RSF) telah membawa kepada runtuhnya ketenteraman.



Bekalan makanan, wang tunai dan barangan keperluan kian berkurangan dan rompakan besar-besaran melanda bank, kedutaan, gudang bantuan dan juga gereja.



Kumpulan bantuan berkata mereka tidak dapat memberi bantuan yang mencukupi di ibu negara Khartoum jika tiada laluan selamat dan jaminan keselamatan kakitangan.



Serangan udara dilaporkan pada Sabtu oleh saksi di selatan Omdurman dan utara Bahri, dua bandar yang terletak di seberang Sungai Nil dari Khartoum, membentuk "tiga ibu kota" Sudan.



Beberapa serangan berlaku berhampiran penyiar negara di Omdurman, kata saksi.



"Kami menghadapi tembakan artileri berat awal pagi ini, seluruh rumah bergegar," kata Cik Sanaa Hassan, 33 tahun, yang tinggal di kejiranan al-Salha di Omdurman, kepada Reuters melalui telefon.



"Ia sangat menakutkan, semua orang bersembunyi di bawah katil mereka. Apa yang berlaku adalah satu mimpi ngeri," katanya.



RSF ada di daerah kediaman, dan dibedil serangan udara yang hampir berterusan oleh angkatan tentera.



Saksi di Khartoum berkata, keadaan agak tenang, walau bunyi tembakan sekali-sekala kedengaran.



Konflik itu, yang bermula pada 15 April, menyebabkan hampir 1.1 juta orang dipindahkan ke kawasan lain dalam negara dan negara jiran.



Sekitar 705 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 5,287 cedera, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.



Peperangan itu tercetus di Khartoum selepas pertikaian berhubung rancangan untuk RSF disepadukan ke dalam angkatan tentera di bawah perjanjian yang disokong antarabangsa untuk mengalihkan Sudan ke arah demokrasi berikutan autokrasi yang dilanda konflik selama beberapa dekad. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >