Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan kes baru varian Omicron dilapor di Britain dan Denmark

Dijangka akan cetus sekatan lebih ketat musim perayaan
Dec 07, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Puluhan kes baru jangkitan Covid19 dari varian Omicron dilaporkan berlaku di Britain dan Denmark kelmarin, meningkatkan lagi kebimbangan di serata Eropah bahawa virus tersebut telah menular.



Varian koronavirus itu telah merebak ke sekurang-kurangnya 45 negara di serata dunia, dengan Amerika Syarikat dan sebahagian besar Eropah melaporkan beberapa kes baru sejak beberapa hari kebelakangan ini.



Sedang ketidaktentuan menghantui minda masyarakat dunia tentang apakah kesan varian Omicron ke atas pandemik yang berlaku, banyak negara telah mengambil langkah pencegahan dengan melaksanakan sekatan perjalanan - dan di beberapa tempat mengambil langkah lebih serius.



Dengan kes Omicron terus meningkat di serata dunia, jangkaan akan berlakunya sekatan lebih ketat terus membayangi musim perayaan ini di mana ramai mengharapkan keadaan kembali pulih seperti sediakala.



Di Eropah, beberapa tempat menyaksikan lonjakan kes jangkitan sejak beberapa minggu.



Rasa tidak menentu timbul akibat penularan Omicron yang menimbulkan kebimbangan musim sejuk akan menjadi lebih sukar untuk warga dari apa yang telah dijangkakan.



Kelmarin, agensi keselamatan kesihatan Britain mengesahkan penambahan 86 kes dari varian Omicron, membawa jumlah kes nasional kepada 246 kes, sementara pihak berkuasa di Denmark melaporkan 183 kes varian tersebut.



Kedua-dua negara dilihat sebagai negara utama dalam melakukan aturan genom dan ujian, memberi mereka kelebihan dalam menjejak penularan virus dan pembiakannya.



Kerajaan Britain kini menghendaki pengembara yang ingin memasuki United Kingdom mengemukakan keputusan saringan Covid-19 yang negatif, sebelum berlepas - sebagai langkah pencegahan, susulan kebimbangan terhadap penularan varian Omicron.



Berdasarkan peraturan itu, kementerian kesihatan menjelaskan, sesiapa yang ingin memasuki United Kingdom (UK) diwajibkan mengemukakan keputusan ujian saringan, menggunakan sama ada RT-PCR atau kit ujian pantas, dalam tempoh 48 jam sebelum menaiki penerbangan.



Peraturan itu akan terpakai kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas dari mana-mana negara.



Ketika ini, pengembara perlu menjalani saringan RT-PCR, dua hari sebelum ketibaan.



Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan dalam kalangan peserta industri pelancongan.



Persatuan Pelancongan Perniagaan berkata, pendekatan sedemikian bakal merencatkan pembukaan semula industri pelancongan.



Persatuan Operator Lapangan Terbang pula berkata, keputusan untuk mewajibkan pelaksanaan ujian sebelum berlepas bakal menjadi kekangan kepada individu yang ingin melancong.



Setiausaha Keadilan, Encik Dominic Raab, mengakui peraturan itu ialah suatu bebanan kepada industri pelancongan, namun Kerajaan UK tidak mempunyai pilihan lain.



"Kita perlu mengambil keputusan sedemikian untuk menghentikan jangkitan varian baharu daripada terus menular ke negara ini yang dibimbangi bakal mencetuskan masalah besar," katanya.



Kerajaan UK turut bertekad untuk mengambil tindakan tuntas bagi mengekang penularan virus Covid-19 dan varian Omicron.



Pakar statistik dari University of Cambridge, Encik David Spiegelhalter, berkata, sekatan perjalanan ketika ini sekadar mampu memperlahankan penularan Omicron, tetapi varian membimbangkan (VOC) itu akan akhirnya berjaya menyusup masuk ke UK.



England kini kembali mewajibkan pemakaian pelitup muka di kedai dan ketika menaiki pengangkutan awam, berikutan penularan Omicron.



Setakat ini, sebanyak 160 kes Omicron dikesan di UK - meliputi England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >