Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puluhan mati ekoran banjir, tanah runtuh di Indonesia, Timor Leste

Apr 4, 2021 | 4:21 PM
Sebuah rumah runtuh selepas asasnya dihanyutkan di Dili, Timor-Leste pada 4 April.
Sebuah rumah runtuh selepas asasnya dihanyutkan di Dili, Timor-Leste pada 4 April. - Reuters

Banjir kilat akibat hujan lebat pada awal Ahad (4 April) telah mengorbankan 23 orang di pulau Flores di Indonesia manakala sembilan orang cedera dan lima lain hilang.

Ini sedang negeri jiran, Timor Leste melaporkan tiga kematian, menurut agensi berita.

Sekurang-kurangnya 49 keluarga telah terjejas di pulau itu, yang terletak di timur Indonesia, kata jurucakap agensi pengurusan bencana, Raditya Jati, dalam satu kenyataan.

Di Timor-Leste, seorang kanak-kanak berusia dua tahun adalah di antara sekurang-kurangnya tiga orang yang terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di ibu kota Dili, menurut seorang saksi.

Namun tiada perangkaan kematian atau kecederaan yang rasmi dilaporkan di Dili.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg