Topik diikuti
Pergi ke BHkuPuluhan mati, ribuan larikan diri dalam banjir di Afghanistan
KORBAN BENCANA BANJIR: Beberapa penduduk membawa mayat penduduk selepas banjir kilat melanda kawasan di utara Afghanistan yang membunuh lebih 70 penduduk dan menenggelamkan ratusan rumah. - Foto AFP
Jun 9, 2014 | 6:00 AM
KUNDUZ (Afghanistan): Penyelamat semalam bertungkus lumus menghantar makanan dan bekalan perubatan kepada keluarga yang terdampar di atas gunung-gunung selepas banjir kilat membunuh 74 orang di sebuah daerah terpencil di utara Afghanistan - menghanyutkan ratusan rumah dan memaksa ribuan orang melarikan diri.
Angka kematian dijangka meningkat, dengan sejumlah orang dikatakan hilang di daerah pergunungan wilayah Baghlan selepas hujan lebat mengakibatkan banjir Jumaat lalu.
