Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puluhan maut dalam tanah runtuh di Venezuela

Oct 11, 2022 | 5:30 AM
USAHA MENYELAMAT: Kira-kira 1,000 orang telah menyertai usaha menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di pekan Las Tejerias di tengah Venezuela. - Foto EPA-EFE
USAHA MENYELAMAT: Kira-kira 1,000 orang telah menyertai usaha menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di pekan Las Tejerias di tengah Venezuela. - Foto EPA-EFE -

LAS TEJERIAS (Venezuela): Satu kejadian tanah runtuh di tengah Venezuela telah menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut dan lebih 50 orang hilang selepas hujan lebat menyebabkan sungai melimpah, kata naib presiden negara itu, Cik Delcy Rodriguez, kelmarin.

"Kami melihat kerosakan yang amat ketara di sini, kehilangan manusia: setakat ini, kami telah menemui 22 orang mati, dengan lebih 52 orang masih hilang.

"Kami sedang berusaha untuk mencari orang-orang ini," kata Cik Rodriguez kepada media tempatan di tempat kejadian di bandar Las Tejerias.

Wartawan AFP melihat sebilangan rumah dan perniagaan musnah selain pokok-pokok tumbang di sepanjang jalan raya yang turut diselaputi lumpur dan serpihan.

Kira-kira 1,000 orang telah menyertai usaha menyelamat, kata Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman, Encik Remigio Ceballos Ichaso, memberitahu AFP.

Beliau juga memantau usaha mencari dan menyelamat di tempat kejadian.

"Pekan kami telah hilang. Las Tejerias lesap," kata Cik Carmen Melendez, 55 tahun, yang tinggal di pekan itu sepanjang hayatnya, 50 kilometer dari ibu kota Caracas.

Tanah runtuh itu, yang berlaku ekoran limpahan terbesar di sungai di kawasan itu dalam tempoh 30 tahun, adalah yang terburuk sejauh tahun ini di Venezuela, yang telah menyaksikan paras hujan agak tinggi sejak beberapa bulan lalu.

Pada 1999, beberapa tanah runtuh besar telah membunuh kira-kira 10,000 orang di wilayah Vargas, di utara Caracas. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg