Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Puluhan ribu kakitangan penjagaan kesihatan AS ambil vaksin Covid-19

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



CALIFORNIA: Keperluan bagi semua kakitangan penjagaan kesihatan untuk menerima vaksin Covid-19 telah mendorong puluhan ribu kakitangan untuk menerima suntikan.



Ini menguatkan lagi kes bagi majikan untuk mewajibkan vaksin itu atas pekerja.



Dalam tinjauan yang dilakukan keatas beberapa sistem hospital utama di sini, kebanyakan majikan kakitangan penjagaan kesihatan melaporkan kadar vaksinasi pekerja sebanyak 90 peratus atau lebih.



Sejak pentadbiran Gavin Newsom mengeluarkan perintah kesihatan itu pada 5 Ogos, lebih ramai pekerja yang memilih untuk menerima vaksin dan bukan untuk meminta pengecualian atas sebab perubatan atau agama.



Kadar vaksin yang meningkat itu dilaporkan selepas mandat vaksin, yang dikeluarkan Presiden Joe Biden, akan dikenakan bagi pekerja hospital dan rumah penjagaan.



Beberapa negeri lain, termasuk New York, juga telah mengeluarkan mandat supaya semua kakitangan penjagaan kesihatan di mana pekerja di hospital dan rumah penjagaan perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin awal minggu ini.



Mandat di New York menyusuli pematuhan vaksin yang meningkat di kalangan pekerja penjagaan kesihatan, begitu juga dengan mandat yang dikuatkuasakan oleh United Airlines yang telah melaporkan sebanyak 99 peratus daripada 67,000 tenaga kerjanya telah divaksin dan 600 pekerja yang tidak divaksin akan dibuang kerja.



Dua bulan selepas syarikat Tyson Foods mengeluarkan mandat mewajibkan vaksin, 91 peratus daripada 120,000 pekerja Amerika Syarikatnya telah divaksin, berbanding kurang separuh daripadanya pada awal Ogos.



Di UC Davis Health di Sacramento, 94 peratus daripada 15,000 pekerjanya kini divaksin.



Ketua Eksekutifnya Dr David Lubarsky berkata kepatuhan pekerja meningkat disebabkan mandat negara dan mandat yang dikuatkuasakan sebelum itu Julai lalu oleh Universiti California.



Selepas mandat pertama dikeluarkan, katanya, kadar vaksin yang sebelum itu hanya 80 peratus, meningkat sekitar lebih 1,350 pekerja.



Tambah Dr Lubrasky, kurang dari 1,000 pekerja telah meminta pengecualian atas sebab agama atau perubatan, dan hanya 50 pekerja dijangka tidak ingin menerima vaksin sehingga mereka hilang pekerjaan.



Menurut Dr Lubrasky berkata antara faktor yang menyebabkan peralihan tersebut adalah varian delta yang lebih mudah berjangkit.



Dalam satu tinjauan oleh Yayasan Keluarga Kaiser, warga Amerika berkata ketakutan terhadap varian delta itu mendorong keputusan lebih ramai untuk menerima vaksin itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >