Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan ribu terjejas akibat banjir di beberapa negeri Malaysia

Dec 19, 2021 | 03:10 PM



KUALA LUMPUR: Lebih 11,000 orang yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sudah ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Perdana Menteri berkata pusat pemindahan sementara telah dibuka di enam negeri - Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.



"Seramai 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga terlibat (yang dihantar ke pusat berkenaan)," kata Ismail Sabri dalam sidang media pada lewat malam Sabtu (18 Disember).



Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pula menyifatkan senario banjir yang melanda ibu negara malam tadi, seolah-olah sama dengan banjir besar yang berlaku pada 1971.



Baginda bertitah, selepas 50 tahun peristiwa itu, rakyat Malaysia perlu mengambil teladan untuk bersiap sedia terutama pada Disember dan Januari, yang memperlihatkan impak banjir yang seperti berulang.



Baginda telah mengadakan lawatan peribadi menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, pagi Ahad (19 Dis). - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >