Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan ribu terjejas banjir di selatan Thailand

Dec 26, 2023 | 01:42 PM



BANGKOK: Banjir yang disebabkan oleh hujan lebat telah menjejas berpuluh-puluh ribu penduduk di selatan Thailand, kata pegawai pada 25 Disember, dengan beberapa jalan dan laluan kereta api terpaksa ditutup.


Puluhan buah sekolah di wilayah Yala dan Narathiwat juga terpaksa ditutup, manakala rakaman video dari wilayah itu menunjukkan rumah dan kedai ditenggelami air keruh dan penduduk berlindung di tingkat atas.

Hujan lebat juga menyebabkan masalah di laut dengan sekurang-kurangnya tujuh bot karam di Teluk Thailand dan Laut Andaman sejak 22 Disember.

Syarikat kereta api pemerintah berkata akibat landasan ditenggelami air, kereta api menuju ke selatan ke sempadan Malaysia terpaksa dihentikan di Yala – 100 kilometer jauhnya.

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk di wilayah itu supaya bersedia untuk berpindah sekiranya banjir semakin buruk.

Lima wilayah dilaporkan dilanda banjir dengan Narathiwat adalah yang paling buruk. Empat wilayah lain ialah Yala, Pattani, Songkhla dan Satun, menurut laporan Kementerian Dalam Negeri Thailand.

Jurucakap kementerian itu, Cik Traisuree Taisaranakul, dipetik akhbar Bangkok Post sebagai berkata bahawa hujan berterusan sejak 22 Disember telah mengakibatkan banjir, menjejas 19,624 keluarga di 24 daerah di lima wilayah itu.


Narathiwat adalah yang paling teruk dilanda banjir dengan 16,680 keluarga terjejas di 11 daerah di wilayah itu.

Banjir dilaporkan di enam daerah di Yala, empat daerah di Pattani, dua di daerah Songkhla dan satu daerah di Satun.

Perdana Menteri Thailand, Encik Srettha Thavisin, dan beberapa orang menteri Kabinet dijadualkan melawat wilayah yang dilanda banjir itu selepas mesyuarat Kabinet pada 26 Disember, jelas Cik Traisuree.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >