Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pusat vaksinasi Covid-19 mega bakal beroperasi di Stadium Bukit Jalil; lebih 5.5 juta suntikan sudah diberi di M'sia

Jun 19, 2021 | 03:11 PM



KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di Malaysia sehingga Jumaat (18 Jun) sudah melebihi lima juta dos.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 3,957,687 individu menerima dos pertama, manakala 1,553,033 individu lagi melengkapkan dos kedua.



Katanya, ia menjadikan keseluruhan pemberian kedua-dua dos berjumlah 5,510,720.



Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 202,143 diikuti Sarawak (174,545), Johor (151,140), Perak (144,086) dan Kuala Lumpur (141,045).



Dalam pada itu, pusat vaksinasi Stadium Nasional Bukit Jalil juga dijangka memulakan operasi mulai 21 Jun dengan keupayaan menampung hingga 10,000 dos setiap hari, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.



Beliau berkata, pusat vaksinasi berskala besar ini membolehkan lebih ramai orang khususnya sekitar Lembah Klang agar menjalani vaksinasi dengan tumpuan diberi kepada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah. 



"Seisi stadium telah diubah menjadi pusat vaksinasi sejajar dengan Pelan Pemulihan Kebangsaan yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin," kata Encik Reezal kepada agensi berita Bernama.



"Ini adalah sebahagian usaha pihak kementerian memastikan inisiatif yang dipimpin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, serta Kementerian Kesihatan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerusi penggunaan optimal kemudahan membawa kejayaan. 



"Dengan inisiatif ini, kita akan dapat menambah kadar vaksinasi dalam kalangan orang ramai," jelas Encik Reezal dalam satu pos Facebook pada Jumaat (18 Jun) pula.



Beliau juga menambah buat masa ini, sejumlah 60 sukarelawan Myvac di bawah kementeriannya akan ditugaskan ke Bukit Jalil dengan bilangannya ditambah jika diperlukan. Menurutnya lagi, dewan gah Axiata Arena di Bukit Jalil sudah pun bergerak sebagai pusat vaksinasi sejak 7 Jun lalu.



Berhubung dengan hal ini, Encik Reezal meminta agar orang awam segera mendaftar dan memeriksa status janji temu mereka menerusi aplikasi MySejahtera. - Berita Harian Malaysia, Agensi Berita, Asia News Network/The Star



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >