Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Andrew mohon mahkamah tolak saman kes seksual

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Putera Andrew dari Britain memfailkan permohonan kepada sebuah mahkamah di New York, semalam, untuk menolak saman ke atasnya berhubung tuduhan kes seksual, menurut satu dokumen mahkamah.



Plaintif, Cik Virginia Giuffre, menyaman Putera Andrew pada Ogos lalu dengan mendakwa Duke of York itu melakukan serangan seksual terhadapnya lebih 20 tahun lalu.



Kejadian didakwa berlaku ketika Cik Giuffre berusia 17 tahun dan masih remaja bawah umur mengikut undang-undang Amerika Syarikat (AS).



Putera Andrew, 61 tahun, belum pernah dihadapkan pertuduhan jenayah dan telah berulang kali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.



Peguam kepada putera kedua Ratu Elizabeth II itu memohon sebuah mahkamah daerah di Manhattan supaya kes terbabit ditolak 'atas kegagalan menyatakan tuntutan pelepasan yang boleh diberikan.'



Sebagai alternatif, mereka meminta Cik Giuffre, 38 tahun, untuk 'memberikan pernyataan lebih definitif berhubung dakwaannya'.



"Putera Andrew dengan hormatnya memohon mahkamah mengadakan hujah lisan mengenai usulnya," menurut kenyataan ringkas itu.



Cik Giuffre mendakwa Putera Andrew melakukan penderaan seksual terhadapnya di kediaman sosialit, Ghislaine Maxwell, di London.



Beliau juga menuduh Putera Andrew menganiayainya di rumah pengurus dana Amerika, Jeffrey Epstein, di New York serta pulau peribadi Epstein di Kepulauan Virgin.



Maxwell, wanita berusia 60 tahun, dilaporkan mempunyai hubungan baik dengan Epstein.



Cik Guiffre mendakwa Epstein, yang membunuh diri ketika menunggu perbicaraan atas pertuduhan pemerdagangan seks kanak-kanak pada 2019, 'meminjamkannya' untuk melakukan hubungan seks dengan rakan kaya dan berkuasa.



Maxwell yang telah mengaku tidak bersalah, dijadualkan menghadapi perbicaraan di New York pada 29 November depan atas pertuduhan merekrut gadis bawah umur untuk penganiayaan oleh Epstein. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >