SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Putera 'Azim dari Brunei meninggal dunia kerana kerosakan organ

Putera 'Azim dari Brunei meninggal dunia kerana kerosakan organ

Oct 28, 2020 | 7:20 PM

Putera 'Azim dari Brunei meninggal dunia kerana kerosakan organ

KEROSAKAN BEBERAPA ORGAN: Adik Putera Haji 'Abdul 'Azim, Putera 'Abdul Mateen menjelaskan dalam Instagram bahawa abangnya itu meninggal dunia kerana komplikasi kerosakan beberapa organ berpunca daripada penyakit autoimun di mana wujud radang pada tembok pembuluh darahnya. - Foto FACEBOOK PUTERA 'ABDUL 'AZIM
KEROSAKAN BEBERAPA ORGAN: Adik Putera Haji 'Abdul 'Azim, Putera 'Abdul Mateen menjelaskan dalam Instagram bahawa abangnya itu meninggal dunia kerana komplikasi kerosakan beberapa organ berpunca daripada penyakit autoimun di mana wujud radang pada tembok pembuluh darahnya. - Foto FACEBOOK PUTERA 'ABDUL 'AZIM -

PUTERA Brunei, Haji 'Abdul 'Azim, mangkat kerana komplikasi kerosakan beberapa organ berpunca daripada penyakit autoimun, jelas adiknya pada Selasa (27 Oktober).

Akhbar The Straits Times melaporkan Putera 'Abdul Mateen, dalam satu lampiran pos Instagram, berkata abangnya itu dikesan dengan penyakit vaskulitis sistemik atau radang tembok pembuluh darah awal tahun ini.

"Pada masa yang sama, abang saya juga berdepan dengan masalah gangguan bipolar yang membuatkannya lebih kuat berjuang.

"Pada akhirnya, abang saya tewas dengan kerosakan beberapa organnya yang disebabkan jangkitan bertalu-talu ekoran penyakit autoimun yang dihadapi," tulis Putera 'Abdul Mateen.

Putera 'Abdul 'Azim mangkat pada Sabtu (24 Oktober) dan disemadikan di Kubah Makam Diraja selepas Asar.

Usianya 38 tahun.

Brunei kini dalam tempoh berkabung selama tujuh hari.

Putera 'Abdul Mateen, 29 tahun, berkata beliau berkongsi keterangan mengenai kemangkatan abangnya itu kerana itulah yang ingin Allahyarham mahu sampaikan.

"Kekanda saya adalah pejuang besar tentang usaha mencetus kesedaran bagi pelbagai keadaan sosial masyarakat...

"Baginda suka bergurau senda dan tidak pernah mengambil terlalu serius kehidupan ini. Gelak tawanya sentiasa 'berjangkit' kepada orang lain tidak kira ia kelakar atau tidak sehinggakan setiap orang akan bergelak sama. Beliau benar-benar menikmati sepenuhnya kehidupan.

"Saya menghabiskan setiap hari bersamanya dalam meniti usia kanak-kanak - beliau banyak mengajar saya dan menjadikan saya apa yang ada kini. Kerana itu, saya menghargainya," tambah Putera 'Abdul Mateen yang memuatnaikkan gambarnya ketika kecil bersama abangnya itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg