Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putera Brunei Pengiran Muda Abdul Azim mangkat

Oct 24, 2020 | 10:02 PM
PEMERGIAN YANG MENGEJUTKAN:Pengiran Muda Abdul Azim yang dikenali kerana kerja-kerja kemasyarakat dan penglibatan dalam dunia seni dan kreatif mangkat pada Sabtu pagi (24 Oktober). - Foto TWITTER
PEMERGIAN YANG MENGEJUTKAN:Pengiran Muda Abdul Azim yang dikenali kerana kerja-kerja kemasyarakat dan penglibatan dalam dunia seni dan kreatif mangkat pada Sabtu pagi (24 Oktober). - Foto TWITTER -

BANDAR SERI BEGAWAN: Berita duka dari Istana Brunei mengenai kemangkatan anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim, pada Sabtu pagi (24 Oktober) mengejutkan rakyat Brunei.

Radio Televisyen Brunei (RTB) melaporkan, putera kedua Sultan Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam itu mangkat sekitar 10.08 pagi dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas Asar.

Kerajaan Brunei memerintahkan rakyatnya agar mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai Sabtu.

Tidak diketahui punca pemergian Pengiran Muda Haji Abdul Azim, 38 tahun, yang menjalani pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Baginda dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982.

Pengiran Muda Haji Abdul Azim, anak keenam dalam keluarga, dikenali kerana kerja-kerja kemasyarakatannya dalam sektor seni dan kreatif serta usahanya memperjuangkan hak belia dan golongan kurang upaya.

Pada 2009, baginda mencipta beg bagi kegunaan hujung minggu dengan hasil jualannya disalurkan ke badan amal Make A Wish Foundation UK.

Dalam beberapa acara amal dan Kongres Rangkaian Autisme Asean, baginda sering meminta agar golongan dengan autisme diberi layanan penuh hormat.

Pengiran Muda Haji Abdul Azim juga pernah menjadi penerbit di dalam syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg