Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putera Harry "amat sedih" perlu akhiri peranan diraja

Jan 20, 2020 | 1:46 PM
Putera Harry (kanan) berkata beliau amat sedih perlu menamatkan peranan dirajanya setelah bersetuju dengan Ratu Elizabeth (kiri) bahawa beliau dan isterinya, Meghan Markle (tengah), akan berundur dari peranan rasmi mereka. FOTO: AFP
Putera Harry (kanan) berkata beliau amat sedih perlu menamatkan peranan dirajanya setelah bersetuju dengan Ratu Elizabeth (kiri) bahawa beliau dan isterinya, Meghan Markle (tengah), akan berundur dari peranan rasmi mereka. FOTO: AFP -

LONDON: Putera Harry berkata beliau amat sedih perlu menamatkan peranan dirajanya setelah bersetuju dengan Ratu Elizabeth bahawa beliau dan isterinya, Meghan Markle, akan berundur dari peranan rasmi mereka dan menjalani kehidupan lebih berdikari.

Istana Buckingham dan ratu mengumumkan pada Sabtu lalu bahawa Putera Harry dan Meghan tidak lagi akan menggunakan gelaran "royal highness" mereka atau menerima sebarang pembiayaan awam.

Dalam ucapannya, Putera Harry berkata kesudahan tersebut bukanlah apa yang diharapkan.

"Harapan kami ialah untuk terus berkhidmat kepada ratu, Komanwel, dan persatuan tentera saya tanpa sebarang pembiayaan awam. Malangnya itu bukan suatu kemungkinan," katanya.

Di bawah aturan baru itu, Putera Harry akan kekal sebagai putera dan pasangan itu akan kekal memiliki gelaran Duke dan Duchess of Sussex, tetapi mereka tidak akan terlibat dalam sebarang upacara atau lawatan kerajaan di masa hadapan.

"Saya amat sedih semuanya terjadi sebegini," ujar Putera Harry. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg