Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Harry dapat anak kedua

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Putera Harry dan isteri, Cik Meghan Markle kelmarin mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, Lilibet Diana, yang dilahirkan di California, Amerika Syarikat selepas setahun konflik tercetus dalam kalangan keluarga kerabat diraja Britain.



"Lili adalah nama sempena moyangnya, 'Her Majesty The Queen', dengan nama panggilan keluarga adalah Lilibet. Nama tengahnya iaitu Diana dipilih sempena menghargai mendiang neneknya yang tersayang, 'The Princess of Wales'.



"Bayi seberat 3.1 kilogram. Ibu dan bayi, kedua-duanya dalam keadaan sihat dan baik serta berada di rumah," menurut kenyataan pasangan berkenaan.



Kelahiran anak kedua pasangan itu di sebuah hospital di Santa Barbara, kelmarin sekali gus berada di kedudukan kelapan dalam susur galur takhta Britain.



Pasangan yang dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex tinggal berhampiran bandar Los Angeles selepas membuat keputusan untuk keluar daripada tanggungjawab dalam kerabat diraja Britain pada awal tahun lalu.



Mereka juga pernah ditemubual oleh personaliti terkenal Amerika Syarikat, Oprah Winfrey, sehingga mencetuskan krisis terbesar dalam keluarga kerabat diraja Britain sejak ibu Putera Harry maut dalam kemalangan jalan raya pada 1997.



Dalam wawancara televisyen selama dua jam dan ditonton lebih 17 juta penonton di Amerika Syarikat termasuk lebih 11 juta di Britain, Putera Harry serta isterinya mendakwa berlaku rasisme dalam sistem monarki sehingga mendorong mereka keluar dari United Kingdom (UK) dan berpindah ke Amerika Utara.



Pasangan itu mendedahkan, mereka keluar daripada kehidupan keluarga monarki kerana dinafikan bantuan ketika berdepan masalah kesihatan serta kebimbangan mengenai warna kulit anaknya yang belum lahir oleh seorang kerabat kanan.



Cik Meghan berasal dari keluarga bapa berkulit putih, manakala ibunya berkulit hitam.



Cik Meghan, pernah bergelar seorang pelakon memberitahu Winfrey bahawa beliau tidak bersedia untuk hidup dalam keluarga diraja dan pernah mempertimbang untuk membunuh diri ketika mengandungkan anak pertamanya, Archie. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >