Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Harry, isteri hampir terbabit dalam kemalangan dikejar paparazi

May 19, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Putera Harry dan isterinya, Cik Meghan Markle, dilaporkan hampir terbabit dalam kemalangan ketika mereka dikejar jurugambar bebas, atau paparazi, di jalan raya, kata jurucakap pasangan itu.



Kejadian itu dikatakan berlaku sejurus selepas Putera Harry dan Cik Markle menghadiri upacara anugerah di New York pada Selasa.



Jurucakap pasangan itu menyifatkan kejadian itu sebagai 'membahayakan' kerana beberapa kali hampir berlaku kemalangan apabila kenderaan yang membawa pasangan itu 'bertembung' dengan kenderaan yang dinaiki paparazi.



Putera Harry dan isterinya juga dikatakan sangat tertekan dalam kejadian yang berlaku selama dua jam itu.



"Duke dan Duchess of Sussex dikejar dengan kereta sehingga hampir membawa bencana di tangan sekumpulan paparazi yang amat agresif.



"Mengejar tanpa henti yang berlangsung lebih dua jam, mengakibatkan hampir berlaku beberapa perlanggaran membabitkan pemandu lain di jalan raya, pejalan kaki," kata jurucakap pasangan itu lagi dalam satu kenyataan.



Pihak Jabatan Polis New York (NYPD) dilaporkan sedang mengadakan siasatan lanjut mengenai kejadian itu walaupun tiada laporan berhubung kecederaan atau kerosakan kenderaan dialami pasangan itu.



"Terdapat banyak jurugambar sehingga membuat pengangkutan mereka mencabar," kata Encik Julian Phillips, ketua jurucakap NYPD, dalam satu kenyataan.



"Duke dan Duchess of Sussex tiba di destinasi mereka dan tidak ada perlanggaran, saman, kecederaan atau penangkapan yang dilaporkan."



Pasangan Putera Harry dan Cik Markle menjadi tumpuan media sejak mereka membuat keputusan meninggalkan istana dan kehidupan kerabat diraja Britain.



Putera Harry melepaskan kedudukannya sebagai keluarga diraja Britain pada 2022.



Jurucakap pasangan itu berkata pengejaran itu boleh membawa maut dan melibatkan paparazi yang memandu di atas kaki lima, melepasi lampu merah, dan memandu sambil mengambil gambar.



Encik Chris Sanchez, anggota pasukan keselamatan pasangan itu, memberitahu CNN bahawa beliau bimbang orang awam mungkin cedera.



Putera Harry telah lama bercakap tentang kemarahannya tentang pencerobohan pihak media, yang beliau persalahkan atas kematian ibunya, Puteri Diana.



Puteri Diana terbunuh apabila limusinnya terhempas ketika ia memecut untuk melarikan diri daripada paparazi yang mengejarnya di Paris pada 1997. - Reuters, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >