Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putera Harry: Media Britain jejas 'kesihatan mental saya'

Feb 28, 2021 | 5:30 AM
"AMAT TOKSIK': Putera Harry berkata keadaan "amat toksik" dek media di Britain jadi beliau melakukan apa yang sebarang suami dan ayah harus lakukan, iaitu mengeluarkan keluarganya dari situ. - Foto fail
"AMAT TOKSIK': Putera Harry berkata keadaan "amat toksik" dek media di Britain jadi beliau melakukan apa yang sebarang suami dan ayah harus lakukan, iaitu mengeluarkan keluarganya dari situ. - Foto fail -

LOS ANGELEAS: Putera Harry berkata media Britain menjejas 'kesihatan mental saya" dalam satu temu bual berterus terang bersama hos televisyen James Corden, dalam rancangan The Late Late Show Khamis malam lalu.

"Ia adalah sekitaran sangat sukar dan saya fikir ramai melihatnya. Kita semua tahu cara akhbar Inggeris," kata Duke of Sussex itu.

"Saya katakan, 'Ini amat toksik', jadi saya melakukan apa yang sebarang suami dan ayah harus lakukan. Saya perlu mengeluarkan keluarga saya dari sini."

Ditanya mengenai keputusan beliau dan isterinya Meghan Markle menjauhkan diri dari keluarga kerabat diraja Britain, Putera Harry berkata mereka "hanya berundur" dan "bukan meninggalkan".

Dalam rancangan itu, Putera Harry bersama Corden berkunjung di sekitar Los Angeles sambil berbicara terang-terangan mengenai kehidupannya, keluarganya, dan serangan tanpa henti yang dihadapi keluarga Sussex itu dalam media Britain.

Mereka dilihat merakam segmen itu awal bulan ini.

Beliau juga memberitahu Corden, kawan lamanya yang menghadiri majlis perkahwinannya pada 2018, bahawa beliau tetap Putera Harry yang sama seperti yang menjadi anggota kerabat di raja dahulu.

"Apa jua keputusan yang saya buat, saya tidak akan pergi meninggalkan. Saya akan tetap memberi sumbangan. Kehidupan saya ialah dalam perkhidmatan awam jadi di mana jua saya berada di dunia ini, saya tetap sama,'' katanya.

Pasangan itu memutuskan tinggal di California, Amerika Syarikat, bersama anak mereka, Archie Mountbatten-Windsor, yang berusia hampir dua tahun.

Baru-baru ini, mereka mengumumkan Archie bakal mempunyai seorang adik. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg