Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putera kemboja dan isteri cedera dalam kemalangan

Jun 17, 2018 | 3:54 PM
Kemalangan melibatkan teksi dan kenderaan putera Norodom Ranariddh dan isterinya, Ouk Phalla.PHOTO: GENERAL COMMISSARIAT OF NATIONAL POLICE
Kemalangan melibatkan teksi dan kenderaan putera Norodom Ranariddh dan isterinya, Ouk Phalla.PHOTO: GENERAL COMMISSARIAT OF NATIONAL POLICE - FOTO: Polis kemboja

PHNOM PENH - Putera dan mantan perdana menteri Kemboja cedera dalam kemalangan di lebuh raya di barat daya negara pada itu Ahad (17 Jun), kata pegawai.

Putera Norodom Ranariddh dan isterinya Ouk Phalla dikejarkan ke hospital selepas teksi dari arah lain bertembung dengan kenderaan mereka.

"Sebuah teksi dengan ramai penumpang merempuh konvoi dan melanggar kereta beliau," kata seorang pegawai dari parti politiknya yang mengiringi beliau memberitahu AFP.

Putera Ranariddh, 74 tahun, sedang dalam perjalanan bagi kempen pilihan raya yang ditetapkan pada 29 Julai.

Partinya, Funcinpec, mengambil bahagian walaupun terdapat aduan meluas bahawa pengundian itu tidak adil selepas kumpulan pembangkang utama Parti Penyelamat Nasional Kemboja dilarang lewat tahun lepas.

Perdana Menteri Hun Sen, yang telah berkuasa selama 33 tahun, telah menolak bantahan itu dan memastikan kemenangan besar Parti Rakyat Kamboja yang memerintahnya.

Putera Ranariddh, adik tiri Raja Norodom Sihamoni, mempunyai hubungan bermasalah dengan Encik Hun Sen, yang menolaknya keluar dari kuasa pada 1997. -- AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg