Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Philip, suami Ratu Elizabeth, meninggal dunia pada usia 99 tahun

Apr 09, 2021 | 09:02 PM



LONDON: Putera Philip, Duke Edinburgh, suami dan orang kepercayaan Ratu Elizabeth II Britain sejak 1947, telah meninggal dunia. Beliau berusia 99 tahun.


"Dengan penuh rasa dukacita, Yang Mulia Permaisuri mengumumkan kematian suaminya yang tercinta, Yang Mulia Putera Philip, Duke Edinburgh," menurut kenyataan yang dihantar melalui e-mel pada Jumaat (9 April) oleh pegawai Ratu.


"Yang Mulia meninggal dunia dengan tenang pagi ini di Istana Windsor."

Beliau baru-baru ini dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan jantung yang berjaya.


Kematian Putera Philip berlaku pada waktu perubahan besar bagi keluarga diraja, di tengah-tengah pemberhentian Putera Harry daripada tugas diraja dan kontroversi mengenai persahabatan Putera Andrew dengan pesalah seks Jeffrey Epstein.


Pada masa yang sama, Britain sedang berusaha untuk menyembuhkan luka akibat perpisahannya daripada Kesatuan Eropah dan terbelah oleh perpecahan politik dan sosial yang mendalam. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >