Topik diikuti
Pergi ke BHkuPutera Saudi runding penyelesaian kes rasuah dengan kerajaan
Premium
Putera Saudi runding penyelesaian kes rasuah dengan kerajaan
Putera Saudi runding penyelesaian kes rasuah dengan kerajaan

KINI DITAHAN: Putera Alwaleed bin Talal telah ditahan sejak dua bulan dalam satu tindakan antirasuah tegas oleh kerajaan Arab Saudi. - Foto fail -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 16, 2018 | 5:30 AM
DUBAI/JEDDAH: Jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal, yang ditahan selama dua bulan dalam satu tindakan antirasuah tegas, sedang berunding bagi satu huraian dengan pihak berkuasa, tetapi setakat ini belum bersetuju mengenai syaratnya, kata seorang pegawai kanan Arab Saudi.
Putera Alwaleed, yang nilai bersih hartanya dianggarkan oleh majalah Forbes berjumlah AS$17 bilion ($22.5 bilion), pengerusi dan pemilik syarikat pelaburan antarabangsa Kingdom Holding, dan salah seorang ahli perniagaan negara itu yang paling menonjol.
