SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Putera UAE meninggal dunia pada usia 39 tahun

Putera UAE meninggal dunia pada usia 39 tahun

Jul 3, 2019 | 9:30 AM

Putera UAE meninggal dunia pada usia 39 tahun

Allahyarham Khalid merupakan seorang pereka fesyen di United Kingdom dan pemilik bersama jenama Qasimi Homme, di mana koleksinya membuat penampilan pertama pada 2008. FOTO: FACEBOOK/ SHARJAH URBAN PLANNING COUNCIL
Allahyarham Khalid merupakan seorang pereka fesyen di United Kingdom dan pemilik bersama jenama Qasimi Homme, di mana koleksinya membuat penampilan pertama pada 2008. FOTO: FACEBOOK/ SHARJAH URBAN PLANNING COUNCIL -

PUTERA bongsu pemerintah Sharjah, Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi, meninggal dunia Isnin lalu pada usia 39 tahun di London, menurut Pejabat Media Sharjah.

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari apabila jenazah Allahyarham Khalid dihantar pulang. Bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung itu, menurut Kementerian Hal Ehwal Presiden. Pemerintah Sharjah, Sheikh Sultan bin Muhammad Al Qasimi juga mengumumkan pemergian anakandanya melalui pos yang dimuat naik di Instagram.

"Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi berada dalam jagaan Tuhan," katanya menerusi pos tersebut.

Allahyarham Khalid merupakan seorang pereka fesyen di United Kingdom dan pemilik bersama jenama Qasimi Homme, di mana koleksinya membuat penampilan sulung pada 2008. - Astro Awani

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg