Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin dan Erdogan mulakan perbincangan di Moscow tentang pertempuran di Syria

Mar 05, 2020 | 09:40 PM



PRESIDEN Russia Vladimir Putin dan rakan sejawatan dari Turkey, Recep Tayyip Erdogan memulakan perbincangan di Moscow pada Khamis (5 Mac) yang bertujuan meredakan krisis di wilayah Idlib di barat laut Syria.


"Keadaan... di Idlib telah menjadi sangat teruk sehingga ia memerlukan kami untuk mengadakan perbualan peribadi langsung," kata Encik Putin di permulaan mesyuarat itu.


Kedua-dua presiden itu bertemu selepas peningkatan dalam pertikaian di Syria menimbulkan kebimbangan tentera-tentera mereka bertempur dan melancarkan krisis penghijrahan baru.


"Seluruh dunia memerhatikan kami. Langkah dan keputusan berpatutan yang akan kami ambil di sini akan menenangkan rantau ini dan kedua-dua negara kita," kata Encik Erdogan kepada Encik Putin.


Encik Erdogan berkata sebelum tiba di Moscow bahawa beliau akan meminta Encik Putin untuk bersetuju dengan gencatan senjata segera di Idlib,  di mana Ankara sedang bertempur dengan pasukan rejim yang disokong Moscow.


Encik Putin melahirkan ucapan takziahnya di atas kematian tentera Turkey di Syria, dengan puluhan terbunuh dalam beberapa minggu kebelakangan ini sedang Ankara buat kali pertama melancarkan serangan langsung terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad.


Tetapi beliau juga berkata tentera Syria telah "malangnya ... mengalami kerugian serius". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >