Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TEKANAN DI UKRAINE - SEMPADAN RUSSIA

Putin hadapi risiko sekatan peribadi: Biden

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata beliau akan menimbangkan sekatan secara peribadi ke atas Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, jika pemimpin Russia itu mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine.



Amaran Amerika itu adalah sebahagian usahanya menghalang pemimpin Russia itu daripada menceroboh negara jirannya.



"Ya," kata Encik Biden di Washington, sebagai jawapan soalan wartawan mengenai sama ada beliau akan menyaksikan Encik Putin menghadapi sekatan Amerika.



"Saya akan melihatnya."



Amerika jarang mengenakan sekatan secara langsung terhadap ketua negara.



Namun Encik Biden mengancam beberapa sekatan ekonomi paling serius yang boleh dikenakan Amerika dan sekutunya jika Encik Putin mengarahkan lebih 100,000 tenteranya menceroboh Ukraine.



Kremlin telah berulang kali menafikan sebarang rancangan mahu menceroboh tetapi telah menuntut jaminan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), termasuk jaminan perikatan itu tidak akan menambah Ukraine sebagai anggotanya atau berkembang lagi, dan menarik semula tentera dari negara bekas Soviet.



Sedang Amerika dan sekutu Nato mengadakan perbincangan dengan Russia, pentadbiran Encik Biden terus bersiap sedia bagi sebarang kemungkinan pencerobohan.



Ini termasuk mengancam sekatan dahsyat ke atas Russia, menghantar senjata, peluru dan peralatan lain ke Ukraine dan bersiap sedia menghantar 8,500 tentera ke negara Nato di Eropah Timur.



Namun Encik Biden telah menolak kemungkinan tentera Amerika atau Nato memasuki Ukraine sendiri.



Skop sekatan itu masih tidak jelas dengan anggota Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju dengan Amerika tentang sejauh mana untuk menyasarkan ekonomi Russia.



Jerman, contohnya, telah mendesak pengecualian buat sektor tenaga jika terdapat langkah mahu menghalang bank Russia daripada melakukan urus niaga dalam mata wang Amerika.



Sementara itu, Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, telah memberi amaran bahawa Russia akan menghadapi akibat yang sukar jika ia menyerang Ukraine.



Namun beliau merancang mengadakan rundingan dengan Encik Putin pada minggu ini untuk memastikan dialog dapat diteruskan dengan Moscow.



"Jika berlaku serangan, akan ada tindak balas dan harga (buat Russia) akan sangat tinggi," kata Encik Macron yang berdiri bersama Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, dalam lawatannya ke Berlin kelmarin.



"Kami menyeru agar ketegangan dikurangkan dan saya juga ingin menyatakan bahawa Jerman dan Perancis bersatu dalam perkara ini," tambahnya.



"Kami sedang menyediakan tindak balas selari dan bersama jika berlaku pencerobohan," katanya, sambil menambah bahawa kuasa Barat bersatu sepenuhnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >