Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin: Hubungan Russia-Amerika "semakin parah"

Apr 13, 2017 | 02:17 PM



MOSCOW (Russia): Presiden Vladimir Putin menganggap hubungan Russia-Amerika Syarikat sekarang ini sebagai "semakin parah".

Presiden Russia berkata demikian semasa diwawancara oleh saluran televisyen Mir di mana transkripnya disiarkan Kremlin.

Menurut Encik Putin, tahap kepercayaan terhadap hubungan dua hala di bawah Presiden Donald Trump, khususnya di pihak tentera, tidak menunjukkan sebarang peningkatan, sebaliknya lebih buruk.

"Anda boleh katakan tahap kepercayaan di peringkat kerjasama, terutama dari segi ketenteraan, tiada sebarang kemajuan malah kemungkinan bertambah buruk," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Setiausaha Negara Amerika, Encik Rex Tillerson dan rakan sejawatannya dari Russia, Encik Sergei Lavrov, mengadakan rundingan dalam suasana tegang susulan dakwaan serangan senjata kimia Syria diikuti peluru berpandu oleh Washington.

Amerika menyalahkan sekutu Rusia dan Presiden Syria Bashar al-Assad berhubung serangan maut yang mengorbankan sejumlah besar orang awam serta melancarkan peluru berpandu ke atas satu daripada pangkalan udara rejim sebagai tindak balas.

Bagimanapun, Encik Putin dengan berang menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap Damsyik dan menyelar pengeboman Amerika itu sebagai "pencabulan undang-undang antarabangsa".

Walaupun hubungan antara Rusia dan Amerika diharap semakin baik di bawah pentadbiran Encik Trump, namun ia dilihat tipis berikutan dakwaan Encik Putin terbabit dalam konspirasi memastikan Encik Trump dipilih sebagai Presiden Amerika. - AFP, mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >