Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putin, Kim ikrar bangun dunia multipolar baru

Jun 19, 2024 | 2:28 PM
Ketibaan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin (dua dari kiri), di ibu kota Korea Utara, Pyongyang, pada 19 Jun, dialu-alukan oleh pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un.
Ketibaan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin (dua dari kiri), di ibu kota Korea Utara, Pyongyang, pada 19 Jun, dialu-alukan oleh pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un. - Foto REUTERS

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, memeluk rakan sejawatannya dari Russia, Encik Vladimir Putin semasa ketibaannya di lapangan terbang Pyongyang, pada 19 Jun.

Kedua-dua pemimpin itu berkongsi “fikiran terpendam” mereka dan bersetuju untuk membangunkan hubungan negara mereka, lapor media rasmi Korea Utara.

Encik Putin, tiba menjelang fajar, dalam perjalanan pertamanya ke ibu kota Korea Utara dalam tempoh 24 tahun.

Lawatan itu mungkin membentuk semula dekad hubungan Russia-Korea Utara, pada masa kedua-dua negara menghadapi pengasingan antarabangsa.

Perkongsian kedua-dua negara itu merupakan “jentera untuk mempercepat pembinaan dunia berbilang kutub yang baharu” dan lawatan Encik Putin menunjukkan kukuhnya persahabatan dan perpaduan di antara mereka, kata agensi berita Korea Utara, KCNA.

Russia telah menggunakan hubungan rapatnya dengan Korea Utara untuk menjejas Washington, manakala Korea Utara yang disekat kuat oleh Amerika telah memenangi sokongan politik dan janji sokongan ekonomi dan perdagangan dari Moscow.

Amerika Syarikat dan sekutunya berkata mereka bimbang Russia boleh memberikan bantuan untuk program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara, yang diharamkan oleh ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah ia menuduh Pyongyang menyediakan peluru berpandu balistik dan peluru meriam yang digunakan Russia dalam peperangannya di Ukraine.

Moscow dan Pyongyang telah menafikan dakwaan pengiriman senjata itu.

Encik Kim menyambut Encik Putin dengan berjabat tangan, berpelukan dan berbual-bual di samping pesawat pemimpin Russia itu.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian menaiki limousin Aurus buatan Russia, menuju ke Rumah Tetamu Negara Kumsusan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg