Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin mesti diheret ke muka pengadilan sebab lancar perang di Ukraine: Zelensky

Zelensky pinta tribunal khas dibentuk bagi tuntut keadilan terhadap Russia
May 06, 2023 | 05:30 AM



KYIV/THE HAGUE: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mesti diheret ke muka pengadilan kerana melancarkan peperangan di Ukraine, kata presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, pada Khamis lalu di The Hague.



Encik Zelensky meminta supaya dibentuk tribunal khas bagi menuntut keadilan terhadap pencerobohan Russia itu.



"Kami akan menubuhkan sebuah tribunal berasingan bagi membuktikan yang orang-orang ini tidak boleh disentuh," kata Encik Zelensky dalam satu sidang akhbar.



"Kami menuntut keadilan."



Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), sebuah mahkamah tetap bagi jenayah perang, yang berpangkalan di The Hague di negara Belanda, pada Mac 2023 telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Encik Putin, kerana disyaki menghantar pulang kanak-kanak dari Ukraine, yang boleh sifatkan sebagai jenayah perang.



Tetapi mahkamah ini tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dakwaan jenayah itu yang berlaku di Ukraine.



Tindakan agresif ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai "pencerobohan atau serangan oleh angkatan bersenjata sesebuah negara ke atas negara lain atau sebarang penaklukan tentera".



Suruhanjaya Eropah, antara lain, mengatakan ia menyokong penubuhan sebuah pusat antarabangsa yang berasingan untuk mendakwa tindakan agresif ke atas Ukraine, yang akan dibentuk di The Hague.



"Kami semua ingin melihat Vladimir yang berlainan di The Hague, yang layak dihukum kerana tindakan jenayahnya," kata Encik Zelensky, merujuk kepada Encik Putin.



"Saya pasti, kita semua akan dapat menyaksikan hal ini berlaku," katanya.



"Siapa juga yang mencetuskan peperangan, mesti dibawa ke muka pengadilan."



Persoalan utamanya adalah berkisar tentang bagaimana mahkamah baru itu boleh diiktiraf secara perundangan, sama ada oleh kumpulan negara-negara yang menyokongnya atau perlu mendapatkan kelulusan Perhimpunan Majlis Keselamatan PBB.



Russia bukan anggota ICC dan menolak jurisdiksi ini. Ia juga menafikan tuduhan melakukan kekejaman semasa konflik dengan Ukraine, yang disifatkannya sebagai "operasi khas ketenteraan," untuk melucutkan ketenteraan negara jirannya.



Awal dari itu, semasa meninggalkan ICC selepas kunjungan tidak sampai sejam, Encik Zelensky, melambai ke arah satu keluarga Ukraine yang berdiri di luar bangunan ICC, apabila mereka berteriak "Slava Ukraini" - bermaksud kemuliaan bagi Ukraine.



Negara Belanda merupakan penyokong kuat Ukraine, dengan Perdana Menterinya, Encik Mark Rutte berkata pada Februari lalu, beliau tidak menolak kemungkinan memberikan bantuan ketenteraan kepada Kyiv, selagi Nato tidak berkonflik dengan Russia.



Sambil mengikrarkan "sokongan yang tidak berbelah bahagi" Encik Rutte berkata "tidak ada salahnya" mengirim jet-jet pejuang F-16 ke Ukraine, dan perbincangan sedang berjalan dengan lain-lain negara mengenai perkara itu.



Russia meningkatkan serangannya sedang Ukraine membuat persiapan untuk melancarkan serangan balas bagi mendapatkan semula wilayahnya yang telah diduduki Russia di selatan dan timur negara itu.



Serangan-serangan Russia ke atas Kherson pada Rabu lalu, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 23 orang awam terbunuh. - Reuters.




"Kami semua ingin melihat Vladimir yang berlainan di The Hague, yang layak dihukum kerana tindakan jenayahnya.
Saya pasti, kita semua akan dapat menyaksikan hal ini berlaku.
Siapa juga yang cetuskan peperangan, mesti dibawa ke muka pengadilan."
- Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >