Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin: Saranan damai China boleh jadi asas huraian di Ukraine

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata selepas rundingannya dengan pemimpin China, Encik Xi Jinping, pada Selasa bahawa saranan damai China boleh dijadikan asas bagi huraian damai di Ukraine, tetapi pihak Barat dan Kyiv masih belum bersedia.



Dalam satu kenyataan bersama di akhir lawatan rasmi Encik Xi ke Moscow, kedua-dua pemimpin menyuarakan amaran terhadap sebarang langkah yang boleh menjerumuskan konflik Ukraine menjadi "tidak terkawal" dan menambah bahawa tiada pihak yang akan menang dalam perang nuklear.



Encik Putih menuduh kuasa-kuasa Barat, berperang habis-habisan bagi rakyat Ukraine, sementara Encik Xi pula mengulangi pendirian China "berkecuali" berkaitan Ukraine dan menyeru diadakan dialog.



"Kami percaya banyak perkara yang terkandung dalam usul damai yang diajukan China itu selaras dengan pendekatan Russia, dan boleh dijadikan asas bagi huraian damai, apabila pihak Barat dan Kyiv bersedia menerimanya.



"Bagaimanapun, sejauh ini kami melihat tiada kesediaan dari pihak mereka," kata Encik Putin.



Usul China - yang mengandungi 12 perkara - menyeru dikurangkan ketegangan, dan mewujudkan gencatan senjata di Ukraine - namun tidak ada butir-butir tentang bagaimana menamatkan peperangan itu.



Amerika Syarikat meremehkan usul China itu kerana keengganan China mengutuk Russia melakukan serangan ke atas Ukraine, dan mengatakan jika gencatan senjata diadakan sekarang, ia memberi kelebihan kepada Russia mengekalkan wilayah yang sudah didudukinya serta memberi banyak masa bagi tentera Russia mengatur gerakan.



Ukraine mengalu-alukan penglibatan diplomatik China tetapi menyatakan Russia harus mengundurkan tenteranya, dan menegaskan tentang kedaulatan wilayah Ukraine.



Rundingan di Kremlin itu bertujuan memperkukuh jalinan "tanpa batas" kedua-dua pemimpin itu seperti yang diumumkan pada Februari 2022, kurang tiga minggu sebelum Russia memasuki Ukraine.



Mereka memeterai beberapa dokumen "kerjasama strategik," selepas apa yang disifatkan oleh Encik Putin sebagai rundingan yang "membina dan berhasil," dan China jelas melihat Russia sebagai rakan ekonomi yang amat penting.



"Saya yakin bahawa kerjasama pelbagai bidang ini akan berterusan dan berkembang demi kebaikan rakyat kedua-dua buah negara kami," kata Encik Putin yang disiarkan melalui televisyen.



Lawatan rasmi Encik Xi itu amat memberangsangkan Encik Putin, berdasarkan apa yang dilihatnya aksi Barat yang cenderung melihat "kekalahan strategik" Russia.



Pemimpin China itu melawat Moscow selepas mahkamah antarabangsa mengeluarkan waran tangkap ke atas Encik Putin, kerana tindakan Russia terhadap Ukraine, di mana tidak banyak yang dicapainya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



Dalam kenyataan bersama mereka, Encik Xi dan Encik Putih turut menyeru agar Amerika "berhenti meremehkan keselamatan strategik dunia," dan berhenti membina sistem pertahanan peluru berpandu dunia.



Sambil berikrar untuk mengadakan latihan bersama tentera, kedua-dua pemimpin berkata, hubungan rapat antara mereka tidak bertujuan mewujudkan masalah ke atas mana-mana negara ketiga, dan tidak juga untuk membentuk sebuah "sekutu politik ketenteraan."



Jurucakap Rumah Putih bagi keselamatan kebangsaan, Encik John Kirby, berkata gencatan senjata jika diadakan sekarang, hanya menghentikan garis medan pertempuran, dan bermakna Ukraine menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Russia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >