Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin tuduh Barat sengaja umpan Russia agar perang

Feb 03, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menuduh Barat sengaja mencipta senario yang direka untuk menarik negara itu dalam peperangan dan mengabaikan kebimbangan keselamatan Russia ke atas Ukraine.



Dalam komen awam pertamanya secara langsung mengenai krisis selama hampir enam minggu, Encik Putin tidak menunjukkan tanda untuk berundur daripada tuntutan keselamatan yang dikatakan Barat.



"Sudah jelas sekarang, bahawa kebimbangan asas Russia tidak diendahkan," kata Encik Putin pada sidang akhbar dengan Perdana Menteri Hungary yang melawat, seorang daripada beberapa pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang cuba untuk menjadi pengantara dengannya ketika krisis semakin meruncing.



Encik Putin turut menggambarkan senario masa depan yang berpotensi di mana Ukraine dimasukkan ke Nato dan kemudian cuba menawan semula Semenanjung Crimea, wilayah yang dirampas Russia pada 2014.



"Mari bayangkan Ukraine adalah anggota Nato dan memulakan operasi ketenteraan ini. Adakah kita sepatutnya berperang dengan blok Nato? Adakah sesiapa pernah memikirkannya? Nampaknya tidak," katanya.



Russia kini menempatkan lebih 100,000 tentera di sempadan Ukraine dan negara-negara Barat berkata mereka bimbang Encik Putin mungkin merancang menyerang.



Bagaimanapun, Moscow menafikan perkara itu tetapi berkata mengambil tindakan ketenteraan, melainkan tuntutan keselamatannya dipenuhi.



Negara Barat berkata sebarang pencerobohan akan membawa sekatan ke atas Moscow.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, memberitahu Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, kelmarin bahawa sudah tiba masanya untuk Moscow mengundurkan tenteranya jika ia benar-benar tidak berniat untuk menyerang, kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara.



Sementara itu Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, berkunjung ke Kyiv semalam untuk berbincang dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, mengenai ketegangan yang meningkat antara Russia dengan negara itu.



Encik Johnson yang menganggap isu itu sebagai krisis terbesar ketika bergelar Perdana Menteri, berkata United Kingdom (UK) akan sentiasa menyokong kedaulatan Ukraine.



"Adalah hak setiap rakyat Ukraine menentukan bagaimana mereka ditadbir. Sebagai seorang kawan dan rakan demokratik, UK akan terus mengangkat kedaulatan Ukraine dalam menghadapi pihak yang mahu memusnahkannya.



"Kami mendesak Russia berundur dan adakan libat urus



menerusi dialog untuk mencari resolusi diplomatik serta mengelak pertumpahan darah," katanya dalam satu kenyataan. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >