Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putin tuduh Kyiv lakukan jenayah perang

Serangan kerap Russia kian sukarkan pemindahan orang awam
Mar 20, 2022 | 5:30 AM
WAJAH HATI: Sukarelawan, Encik Andriy Kovalyov, 38 tahun, menyusun ubat-ubatan yang didermakan di sebuah gudang syarikat penghantaran Nova Poshta di pinggir utara kota Lviv, Ukraine, pada 17 Mac lalu. Sedang perang terus berlangsung, ketua pejabat pos Lviv berjanji mahu terus membuat penghantaran, termasuk pengiriman pakej bantuan yang telah didermakan. Bungkusan mungkin dilihat bersepah dan bersepai di jalan raya akibat serangan bom, atau tersangkut di pusat pemeriksaan mahupun dibiarkan semalaman di sesuatu tempat kerana perintah berkurung akibat semboyan amaran, tetapi penghantaran tetap dilakukan. - Foto AFP
WAJAH HATI: Sukarelawan, Encik Andriy Kovalyov, 38 tahun, menyusun ubat-ubatan yang didermakan di sebuah gudang syarikat penghantaran Nova Poshta di pinggir utara kota Lviv, Ukraine, pada 17 Mac lalu. Sedang perang terus berlangsung, ketua pejabat pos Lviv berjanji mahu terus membuat penghantaran, termasuk pengiriman pakej bantuan yang telah didermakan. Bungkusan mungkin dilihat bersepah dan bersepai di jalan raya akibat serangan bom, atau tersangkut di pusat pemeriksaan mahupun dibiarkan semalaman di sesuatu tempat kerana perintah berkurung akibat semboyan amaran, tetapi penghantaran tetap dilakukan. - Foto AFP -

MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, telah menuduh Kyiv melakukan jenayah perang sedang Moscow melakukan 'semua yang perlu' bagi mengelak korban orang awam di Ukraine, katanya dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Perancis, Encik Emmanuel Macron.

"Perhatian perlu diberikan kepada pelbagai jenayah perang yang dilakukan setiap hari oleh pasukan keselamatan Ukraine.

"Khususnya serangan roket dan artileri besar-besaran ke atas bandar Donbas," kata beliau.

Encik Putin memberitahu Macron bahawa tentera Russia 'melakukan segala yang mungkin untuk melindungi nyawa orang awam, termasuk dengan mengatur koridor kemanusiaan untuk pemindahan penduduk secara selamat.

Semasa perbualan telefon itu juga - yang dibuat "atas daya usaha Perancis", kedua-dua pemimpin turut membincangkan rundingan berterusan di antara Moscow dan Kyiv untuk menamatkan konflik di Ukraine,

Encik Macron turut memainkan peranan utama dalam percubaan meredakan krisis melalui desakan diplomatik yang telah menyaksikan beliau bercakap dengan Putin secara peribadi atau melalui telefon berbelas kali sejak konflik bermula.

Ketika panggilan telefon yang berlangsung selama satu jam 10 minit itu, Encik Macron menyatakan 'kebimbangan melampaunya' terhadap nasib penduduk di Mariupol, bandar pantai selatan yang telah dilanda serangan pengeboman hebat sejak beberapa hari lalu.

Pejabat Presiden Macron berkata, beliau telah menggesa 'pengepungan dan akses kemanusiaan' oleh Russia ke bandar itu ditarik semula, dengan 'langkah konkrit dan boleh disahkan' untuk memastikan keselamatan penduduk.

Presiden Perancis itu juga 'sekali lagi menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera' di Ukraine, kata istana rasmi presiden, Istana Elysee.

Sementara itu, tindakan serangan kerap dan meluas Russia telah menyukarkan pemindahan orang awam dengan selamat dari bandar dan kampung di barisan hadapan.

Gabenor Wilayah Lugansk di timur Ukraine, Encik Serhiy Gaidai, berkata 59 orang awam telah terbunuh di wilayah itu sejak permulaan perang dan memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan kediaman.

"Tiada satu komuniti yang tidak diserang," katanya di televisyen nasional, menamakan bandar Severodonetsk, Rubizhne dan Popasna sebagai titik panas.

Russia menafikan menyasarkan orang awam sejak permulaan pencerobohan 24 Februari lalu ke atas Ukraine, yang digelarnya sebagai 'operasi ketenteraan khas'.

Usaha untuk memindahkan orang awam terhalang akibat pertempuran, tetapi pihak berkuasa tempatan berharap gencatan senjata sementara boleh dipersetujui untuk membolehkan trak mengagihkan makanan, ubat-ubatan dan bantuan lain.

Usaha untuk memindahkan orang awam dihalang oleh pertempuran tetapi pihak berkuasa tempatan berharap gencatan senjata sementara boleh dipersetujui esok untuk membolehkan trak mengagihkan makanan, ubat-ubatan dan bantuan lain kepada orang yang paling memerlukan.

Daerah Lugansk terletak di wilayah Donbass yang kaya dengan arang batu di Ukraine, di mana sebahagiannya dikawal oleh pemisah disokong Russia sejak 2014. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg