Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puting beliung Debbie landa timur laut Australia

Sederas 263km/j, ia disifatkan yang terburuk dalam sekurun
Mar 28, 2017 | 12:04 PM



QUEENSLAND (Australia) - Puting beliung sederas 263 km/j telah melanda pinggir laut negeri itu, menyebabkan lebih 25,000 orang digesa berpindah demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa 'Puting Beliung Debbie'.



Akhbar The Australian menganggap ia sebagai bencana alam terburuk sekali yang berlaku di Pantai Airlie dalam masa sekurun, dengan Majlis Insuran Australia mengisytiharkan kawasan terjejas dengan segala kemusnahan sebagai malapetaka.



Puting beliung yang diletakkan di kategori empat itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 23,000 rumah kehilangan bekalan tenaga dan merosakkan rumah di Kepulauan Whitsunday yang popular.



Ia kelihatan bergerak perlahan dan dijangka meranap teruk negeri itu sejak 2011 dan akan kekal di sana untuk beberapa jam, demikian amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa.



Ribut mula melanda diantara kawasan Bowen dan Pantai Airlie, kata polis Queensland.



"Kita akan menghadapi hari yang sukar lagi panjang," kata pemimpin Queensland, Cik Annastacia Palaszczuk.



"Keamatan dan pukulan badai yang dahsyat akan terus meningkat. Orang ramai kini cuba berlindung demi keselamatan mereka," kata polis lagi.



Dalam pada itu, sebuah lombong emas di tengah Queensland telah membenarkan penduduk tempatan untuk berlindung dari puting beliung yang melanda sedang syarikat-syarikat lain mengarahkan kakitangan menyelamatkan diri.



Resolute Mining kelmarin membenarkan kakitangannya di Lombong Ravenswood Mine, kira-kira 100km barat Tanjung Upstart berdekatan taufan itu untuk membantu penduduk yang terjejas. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >