Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puting beliung 'Debbie' membadai New Zealand

Apr 06, 2017 | 09:37 AM



WELLINGTON (New Zealand): Selepas Australia, perintah darurat kini diisytiharkan di beberapa bandar New Zealand selepas puting beliung 'Debbie' mula menyerang negara itu.



Akhbar The New Zealand Herald melaporkan, kesan daripada puting beliung Kategori 4 itu, yang kurang setingkat dari kategori paling bahaya - Kategori 5 - masih dirasakan.



Ini setelah ia teruk meranapkan Queensland di Australia, yang mengakibatkan enam terkorban dan memusnahkan pusat-pusat peranginan pelancong, memutuskan bekalan tenaga dan menutup lombong arang batu di negeri itu.



Puting beliung 'Debbie' telah meranapkan banyak bangunan dan kediaman serta menyebabkan banjir hingga ribuan penduduk terpaksa berpindah-randah.



Kini, puting beliung itu mengalih perhatian ke North Island, dengan hujan lebat berlaku selama dua hari hingga menyebabkan air sungai meningkat dan pecah tebing hingga menyebabkan banjir dan jalan-jalan raya terpaksa ditutup.



Lapangan terbang antarabangsa Wellington telah dibuka semula pagi ini selepas cuaca buruk menyebabkan sistem trafik udara terganggu lewat semalam.



Sejauh ini belum ada kematian dicatatkan tetapi pihak berkuasa terus melakukan usaha mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang dalam sungai.



Agensi berita Reuters melaporkan bahawa kira-kira 10,000 rumah di bandar terbesar di North Island, Auckland terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >