Topik diikuti
Pergi ke BHkuPutusan mahkamah hambat usaha Trump perketat imigresen

Jun 24, 2017 | 5:30 AM
Putusan mahkamah hambat usaha Trump perketat imigresen
WASHINGTON: Usaha Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, hendak memperketat undang-undang imigresen negara itu mengalami kegenjotan semalam, apabila Mahkamah Agung Amerika mengenakan undang-undang tambahan untuk mengekang keupayaan pemerintah melucutkan kewarganegaraan Amerika daripada warga baru.
Semua sembilan hakim di mahkamah itu sebulat suara berkata kewarganegaraan seseorang warga baru hanya boleh dilucutkan jika beliau berbohong kepada pemerintah dan memberi kenyataan palsu yang menyebabkan permohonan asal warga baru itu untuk memasuki Amerika dinafikan.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti