Topik diikuti
Pergi ke BHkuPyongyang enggan bincang mengenai senjata dengan Seoul
Premium
Pyongyang enggan bincang mengenai senjata dengan Seoul
Korea Utara: Senjata nuklear disasarkan terhadap Amerika sahaja
Jan 11, 2018 | 5:30 AM
Pyongyang enggan bincang mengenai senjata dengan Seoul

-
SEOUL: Korea Utara berkata selepas perbincangan pertamanya dengan Korea Selatan dalam tempoh lebih dua tahun bahawa ia tidak akan membincangkan senjata nuklearnya dengan Seoul kerana ia disasarkan terhadap Amerika Syarikat saja, bukan "saudara"nya di Korea Selatan.
Dalam satu kenyataan bersama selepas rundingan 11 jam kelmarin, Korea Utara berjanji akan menghantar delegasi besar ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan bulan depan tetapi membuat "aduan kuat" lepas Seoul mencadangkan rundingan bagi membebaskan semenanjung Korea daripada nuklear.
