Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pyongyang jaya uji enjin roket berkuasa tinggi baru: Korea Selatan

Sep 20, 2016 | 11:29 AM
Foto fail tanpa tarikh yang kali pertama dikeluarkan oleh agensi berita rasmi KCNA pada 9 April 2016 ini menunjukkan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Un, memeriksa ujian darat enjin jet roket balistik berkuasa tinggi antara benua baru yang dibina di Pusat Angkasa Lepas Sohae, di wilayah Pyongan.
Foto fail tanpa tarikh yang kali pertama dikeluarkan oleh agensi berita rasmi KCNA pada 9 April 2016 ini menunjukkan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Un, memeriksa ujian darat enjin jet roket balistik berkuasa tinggi antara benua baru yang dibina di Pusat Angkasa Lepas Sohae, di wilayah Pyongan. - GAMBAR AFP

SEOUL: Korea Utara telah berjaya menjalankan ujian di darat enjin roket berkuasa tinggi baru, kata media pemerintah pada Selasa (20 Sept), dalam satu perkembangan yang boleh memajukan program senjata Pyongyang.

Selepas menyelia ujian di tapak satelit pelancaran Sohae milik negara itu, pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, menggesa pegawai, saintis dan teknisyen supaya "menamkatkan persiapan bagi melancarkan satelit secepat mungkin", lapor agensi berita KCNA.

Terdapat spekulasi Korea Utara mungkin menyambut ulang tahun ke-68 Parti Pekerja Korea yang memerintah pada 10 Okt dengan melancarkan satelit.

Encik Kim juga menggesa lebih banyak pelancaran roket bagi menjadikan negara itu "pemilik satelit geopegun dalam beberapa tahun akan datang", kata KCNA.

Korea Utara telah menjalankan siri ujian peluru berpandu jarak jauh, terakhir pada Februari.

KCNA berkata enjin itu akan memberi Korea Utara "kemampuan pelancaran mencukupi untuk melancarkan pelbagai jenis satelit, termasuk satelit pemerhatian Bumi pada paras dunia".

Ia tidak memberi tarikh ujian itu tetapi biasanya media pemerintah melaporkan kegiatan Encik Kim selang sehari.

Media pemerintah berkata ujian yang dijalankan telah membolehkan Pyongyang mencapai matlamatnya berupaya memuatkan kepala peledak bersaiz kecil pada roket.

Jika ini dicapai, Pyongyang mungkin mencapai matlamatnya mengena sasaran di Amerika Syarikat. Tetapi pada masa lalu dakwaan itu ditolak. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg