Topik diikuti
Pergi ke BHkuQatar: Senarai syarat pulih hubungan tidak realistik
Qatar: Senarai syarat pulih hubungan tidak realistik
Doha serah respons rasmi kepada tuntutan negara-negara jiran
Qatar: Senarai syarat pulih hubungan tidak realistik
ADAKAN PERBINCANGAN: Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, berbual dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Encik Sigmar Gabriel, selepas sidang akhbar bersama mereka di Doha. - Foto REUTERS -
Jul 6, 2017 | 5:30 AM
DOHA: Qatar berkata tuntutan negara Arab dalam krisis diplomatik Teluk agak mustahil untuk dipenuhinya, sebelum rundingan di Mesir antara Arab Saudi dan sekutunya yang memutuskan hubungan dengan Doha.
Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, memberitahu sidang media di sini senarai syarat untuk memulihkan hubungan "tidak realistik dan tidak boleh dilaksana".