Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Quad terus bertapak kukuh wujud keamanan di Indo-Pasifik

Langkah atasi peningkatan ancaman, pengaruh China
Mar 22, 2021 | 05:30 AM



SATU kumpulan empat negara besar - Amerika Syarikat, India, Jepun dan Australia - dikenali sebagai Dialog Keselamatan Sisi Empat (atau Quad) telah mengambil langkah penting untuk mengatasi ancaman dan pengaruh China yang terus meningkat.



Buat kali pertama, pemimpin empat negara itu 'bertemu' dalam satu sidang puncak secara maya baru-baru ini, yang dilihat sebagai sebahagian usaha mengimbangi peningkatan kekuatan ketenteraan dan ekonomi China.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, disertai Perdana Menteri (PM) India, Encik Narendra Modi; PM Jepun; dan dua sekutu Amerika di Asia - PM Jepun, Encik Yoshihide Suga; dan PM Australia, Encik Scott Morrison.



Rumah Putih berkata pertemuan itu menunjukkan betapa Encik Biden meletak kepentingan besar terhadap sekutu Amerika dan rakan di rantau Indo-Pasifik selain memberi tumpuan kepada usaha memerangi pandemik Covid-19.



Ini selain mempertingkat kerjasama dari segi ekonomi dan krisis iklim, tambah Rumah Putih.



"Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka adalah penting bagi masa depan semua pihak," kata Encik Biden semasa pertemuan maya itu.



"Amerika bertekad untuk bekerja dengan anda, rakan kami, dan semua sekutu kami di rantau ini, untuk mewujudkan kemantapan."



PM Suga pula berkata beliau mahukan keempat-empat negara itu "terus bersama-sama maju dalam membangunkan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, dan memberi sumbangan nyata ke arah keamanan, kemantapan dan kemakmuran rantau itu, termasuk mengatasi koronavirus."



PM India dan Australia pula menekankan pentingnya kerjasama keselamatan serantau, yang telah diperkuat sebelum ini oleh pertemuan peringkat bawah empat negara itu.



Seorang pegawai kanan Amerika berkata, sebelum pertemuan itu, bahawa mesyuarat itu melibatkan "perbincangan jujur dan terbuka mengenai peranan China di pentas global", yang merujuk "cabaran di rantau ini" untuk menjadikan perdagangan di rantau ini bebas dan terbuka.



"Ia juga ingin memberi isyarat amat kuat mengenai alasan dan tujuan bersama. Tujuannya ialah memperkenal Quad sebagai ciri baru diplomasi biasa di Indo-Pasifik."



Pentadbiran Biden telah menyatakan bahawa negara Quad akan mengumumkan pembiayaan bagi menyokong peningkatan keupayaan pembuatan vaksin koronavirus di India, sesuatu yang didesak New Delhi untuk menentang diplomasi vaksin China yang semakin meluas.



Pegawai Amerika juga mengatakan bahawa kumpulan negara itu akan membentuk satu kumpulan pakar dalam membantu agihan bekalan vaksin di rantau ini, serta kumpulan kerja untuk bekerjasama dalam bidang perubahan iklim, standard teknologi dan pembangunan bersama teknologi baru.



Washington mengatakan kapasiti vaksin tambahan akan digunakan dalam usaha imunisasi di Asia Tenggara, di mana Beijing bersaing untuk mendapatkan pengaruh.



India, Australia dan Jepun semuanya kini "dicabar secara langsung oleh China sejak beberapa tahun lalu," ujar pegawai kanan Amerika itu.



Mesyuarat maya itu diharapkan dapat menjadi batu asas bagi satu pertemuan secara langsung pada akhir tahun ini, kata pentadbiran Biden.



"Apabila pemerintah bergabung di peringkat tertinggi, ini menunjukkan satu tahap kerjasama baru untuk mewujudkan asas keamanan dan kestabilan yang baru di Indo-Pasifik," kata Encik Morrison kepada wartawan.



Encik Modi pula berkata semasa sesi itu bahawa Quad "semakin dewasa" dan "sekarang akan menjadi tunggak kestabilan penting di rantau ini".




QUAD BERPOTENSI JADI 'NATO' VERSI ASIA



KUMPULAN Quad dilancarkan pada 2007 oleh perdana menteri Jepun ketika itu, Encik Shinzo Abe, yang khuatir dengan ketegasan, keupayaan dan pengaruh China yang semakin meningkat di Asia.



Beberapa penganalisis melihat Quad berpotensi, pada akhirnya, menjadi semacam Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) versi Asia.



Ia sebahagian usaha empat negara besar itu dalam 'mengimbangi' China yang dilihat mengambil pendekatan dasar luar yang semakin tegas di wilayah Indo-Pasifik dan di tempat lain di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >