Topik diikuti
Pergi ke BHkuRahsia di 'pulau syurga' yang gegarkan dunia
Premium
Rahsia di 'pulau syurga' yang gegarkan dunia
Penyembunyian kekayaan sulit oleh ahli politik dan selebriti di kepulauan Virgin Islands satu urus niaga 'yang tidak pernah dilihat sebelum ini', menurut pertubuhan wartawan antarabangsa
Rahsia di 'pulau syurga' yang gegarkan dunia
TUNJUK PERASAAN: Penduduk Iceland mengadakan demonstrasi selepas mengetahui Perdana Menteri negara itu, Encik Sigmundur David Gunnlaugsson, antara mereka yang dinamakan dalam pendedahan Panama Papers. Encik Gunnlaugsson, yang telah menubuhkan sebuah syarikat di British Virgin Islands pada 2007 dengan isterinya, telah meletak jawatan sebagai perdana menteri Selasa lalu. - Foto REUTERS -
Apr 11, 2016 | 5:30 AM
IA ibarat Pulau Harta Karun sebenar, sebuah syurga Caribbean, yang di atas kertas, menempatkan lebih setengah juta syarikat.
Namun secara tiba-tiba, kepulauan Virgin Islands ini dilanda kontroversi menyusuli pembongkaran dokumen rahsia terbesar, dikenali sebagai Panama Papers, mengenai penyembunyian kekayaan di pusat kewangan pesisiran pantai oleh ahli politik dan selebriti melalui sebuah firma guaman di Panama.
