Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Abdullah ikrar 'lindungi' tapak suci Baitulmakdis

Apr 04, 2023 | 05:30 AM



AMMAN: Raja Abdullah II bagi Jordan, berikrar untuk "melindungi" tapak suci Baitulmakdis, semasa pertemuan di Amman dengan para pemimpin Islam dan Kristian di bandar itu.



Satu kenyataan dari istana pada Ahad, mengatakan Raja Abdullah telah memberitahu para perwakilan, yang diketuai Presiden Palestine, Encik Mahmud Abbas, bahawa Jordan "akan sentiasa bersama anda".



"Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam, mencegah Israel daripada meningkatkan tindakannya ke atas tapak suci Baitulmakdis," kata Raja Abdullah, menurut kenyataan tersebut.



Pertemuan itu diadakan berikutan ketegangan dengan pemerintah Israel, berkaitan ulasan seorang menteri yang menafikan kewujudan rakyat Palestine, dan kebimbangan meluapnya konflik Israel-Palestine dalam bulan Ramadan 2023 ini.



Raja Jordan itu mengulangi komitmen lama bagi mengekalkan "keamanan dan harmoni" di sekitar perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis - tempat suci ketiga bagi umat Islam, yang ditadbirkan oleh Jordan.



Masjid itu dibangunkan di tapak di atas Temple Mount (Haram al-Sharif), tempat suci penganut Judaisme.



Pada 31 Mac, polis Israel telah menembak mati seorang pelajar perubatan Arab-Israel, di perkarangan tersebut.



Pihak polis mendakwa, pelajar itu telah merampas senjata dan melepaskan tembakan dari senjata pegawai polis itu.



Dakwaan itu dibantah oleh keluarga pelajar tersebut, Encik Mohammed al-Asibi.



Raja Abdullah juga memuji usaha "penduduk Baitulmakdis...melindungi" tempat suci itu dan "menggesa perlunya dihentikan juga pengusiran penduduk Kristian, serangan berulang kali ke atas gereja, tokoh-tokoh agama dan harta penduduk Kristian di Baitulmakdis," menurut kenyataan itu lagi.



Pada 31 Mac, para pemimpin gereja di Baitulmakdis, merayu kepada pemerintah Israel, menjamin agar penganut Kristian bebas melakukan ibadah menjelang hari Easter (jatuh pada Ahad 9 April), dan melahirkan kebimbangan terhadap keganasan yang semakin memuncak serta tindakan menodai kesucian hari itu seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.



Semasa mesyuarat pada Ahad itu, Raja Jordan "menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil pendirian, menentang kenyataan bersifat perkauman yang dibuat baru-baru ini, oleh beberapa pegawai Israel.



Pada Mac lalu, Kementerian Luar di Amman berkata, ia telah memanggil duta besar Israel dan menyerahkan "nota bantahan keras terhadap ucapan menteri kewangan Israel yang berhaluan kanan, Encik Bezalel Smotrich, itu".



Dalam satu acara di Paris, Encik Smotrich berkata "tidak ada orang Palestine."



Beliau berucap dari sebuah pentas yang berlatarbelakang peta Israel, termasuk kawasan yang didudukinya, Tebing Barat dan Jordan.



Jordan pada 1994, menjadi negara Arab kedua yang mengiktiraf dan memeterai perjanjian damai dengan negara jirannya Israel, selepas Mesir. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >