Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Charles ikrar contohi mendiang Ratu Elizabeth

Sep 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Raja Charles III berikrar untuk mencontohi bonda baginda yang 'berkhidmat sepanjang hayat', ketika menyampaikan perutusan sulung kepada Britain dan Komanwel semalam, selepas menaiki takhta berikutan kematian Ratu Elizabeth II.



Dalam ucapan penuh emosi dari Istana Buckingham sebagai raja untuk kali pertama, Raja Charles III, 73 tahun, menzahirkan terima kasih kepada bonda yang dipanggil 'mama tersayang', atas kasih sayang serta pengabdian tumpuan mendiang Ratu kepada keluarga dan seluruh negara.



"Sebagaimana telah dilakukan Ratu dengan pengabdian tidak berbelah bahagi, kini saya juga bersungguh-sungguh berjanji, dalam tempoh baki masa dianugerahkan Tuhan kepada saya, untuk menegakkan prinsip perlembagaan di negara kita," jelas beliau.



Raja Charles III turut mengumumkan bahawa putera sulung, William yang juga pewaris takhta seterusnya, kini bergelar 'Putera Wales', manakala isterinya, Cik Kate Middleton pula 'Puteri Wales' - gelaran yang pernah disandang ibu Putera William, Puteri Diana, yang meninggal dunia pada 1997.



Dalam pada itu, Raja Charles III juga menzahirkan 'kasih sayang' kepada putera kedua, Putera Harry, dan isterinya, Cik Meghan Markle, yang kini menetap di Amerika Syarikat (AS).



Ketika perutusan itu disampaikan, orang kenamaan menghadiri upacara memperingati mendiang Ratu di Katedral St Paul yang menyaksikan lagu kebangsaan dikemas kini, 'God Save the King', dipersembahkan secara rasmi untuk kali pertamanya.



Terdahulu, Raja Charles III menerima jambangan bunga dan sorakan, malah juga ciuman, ketika bersalaman dengan orang ramai di luar Istana Buckingham sekembali baginda dari Scotland, di mana Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada usia 96 tahun.



Bunyi tembakan kehormat dan dentangan loceng kedengaran bergema di seluruh negara bagi memperingati mendiang Ratu.



Raja Charles III turut mengadakan perjumpaan pertama sebagai raja dengan Perdana Menteri Britain, Cik Liz Truss, di Istana Buckingham semalam.



Seterusnya, majlis pertabalan rasmi raja baru itu dijadualkan berlangsung pada pagi Sabtu.



Susulan kematian Ratu Elizabeth II yang menduduki takhta selama 70 tahun, Raja Charles III dan kerabat diraja berkabung mulai kelmarin hinggalah tujuh hari selepas mendiang disemadikan.



Tarikh upacara persemadian itu yang bakal dihadiri pemimpin negara dan kerajaan, masih belum diumumkan secara rasmi tetapi dijangkakan pada 19 September ini.



Sementara itu, Cik Truss menzahirkan sokongan negara kepada Raja Charles III, yang disifatkannya sebagai 'kini menggalas tanggungjawab hebat', pada permulaan upacara khas selama dua hari di Parlimen bagi memperingati mendiang Ratu.



"Walaupun sedang berkabung, kebertanggungjawaban Raja Charles III terhadap tugas dan perkhidmatan adalah jelas," katanya.



Pada masa sama, Cik Truss turut menzahirkan pujian kepada mendiang Ratu yang disifatkan sebagai 'antara pemimpin terhebat pernah dikenali dunia', dan berkata legasi baginda akan terus mekar. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >