Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raja Charles rasmi naik takhta...

Sep 11, 2022 | 5:30 AM
UPACARA PELANTIKAN: Raja Charles bersama isterinya, Permaisuri Camilla, di upacara rasmi pelantikan beliau sebagai Raja Britain semalam. - Foto AFP
UPACARA PELANTIKAN: Raja Charles bersama isterinya, Permaisuri Camilla, di upacara rasmi pelantikan beliau sebagai Raja Britain semalam. - Foto AFP -

LONDON: Raja Charles III secara rasmi menaiki takhta kerajaan Britain baru, selepas ibunya, Ratu Elizabeth II, meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Beliau diisytiharkan sebagai raja secara rasmi di Istana St James di London di hadapan Majlis Pemilihan - yang merangkumi beberapa ahli Parlimen senior, pegawai tertinggi kerajaan, pesuruhjaya tinggi Komanwel dan Datuk Bandar London.

Tembakan meriam juga dilepaskan di Hyde Park, Menara London dan kapal perang tentera laut diraja, selain pengisytiharannya turut dibacakan di Edinburgh, Cardiff dan Belfast.

Raja Charles III semalam turut mengumumkan bahawa putera sulung, Putera William, yang juga pewaris takhta seterusnya, kini bergelar 'Putera Wales', manakala isterinya, Cik Kate Middleton pula 'Puteri Wales' - gelaran yang pernah disandang ibu Putera William, mendiang Puteri Diana yang meninggal dunia pada 1997. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg