Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Permaisuri Agong M'sia miliki darah keturunan Cina

Jul 30, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengakui beliau sebenarnya mempunyai darah keturunan Cina, malah boleh bertutur dalam dialek tertentu.



Tunku Azizah berkata salasilah keluarganya berasal dari Guandong, China.



"Saya orang Kantonis, saya tahu cakap sikit bahasa Kantonis dan Hokkien.



"Jika saya ke China untuk cari susur galur, mungkin saya dapat cari rumah nenek moyang, boleh jumpa keturunan generasi keempat, tidak kiralah sama ada Ong atau Wong," katanya dalam satu wawancara bersama akhbar harian Sin Chew Daily.



Beliau mempunyai darah keturunan Guangdong (Canton) melalui Sultanah Fatimah, yang nama asalnya Wong Ah Gew, isteri Sultan Abu Bakar bagi Johor.



Pada 1885, Sultan Abu Bakar berkahwin dengan Sultanah Fatimah, yang merupakan anak sebuah keluarga saudagar kaya di Singapura.



"Darah Cina saya boleh dijejak kepada Wong Ah Gew.



"Beliau berasal daripada keluarga yang sangat kaya. Dikatakan, mereka pada masa itu ialah hartawan di Singapura yang sangat kaya seperti babak dalam filem Crazy Rich Asians," ujarnya.



Beliau menambah bahawa disebabkan akhirnya ketiga-tiga anak perempuannya berkahwin dengan kerabat diraja Johor, hartawan tersebut sangat marah.



"Tetapi melihat Sultan Abu Bakar sangat menyayangi anaknya, hartawan ini akhirnya meninggalkan semua hartanya kepada Istana Johor.



"Oleh itu, kalau melawat Muzium Johor, semua alat perak dan emas adalah milik Sultanah Fatimah, malahan barangan kemas yang saya pakai semasa perkahwinan juga ditinggalkan Sultanah Fatimah," ujar Tunku Azizah semasa menceritakan sejarah keluarga beliau.



Tunku Azizah turut berkongsi mengenai pengalaman zaman kanak-kanaknya, termasuk detik ketakutan apabila kehilangan sijil kelahiran.



Raja Permaisuri Agong menceritakan disebabkan mukanya yang sedikit mirip orang keturunan Cina, ayahnya pernah berseloroh kepadanya bahawa beliau dikutip dari tong sampah di Tong Shua (China).



Tunku Azizah juga diberitahu bahawa kehilangan sijil kelahiran akan menyebabkan beliau kononnya akan dimasak dengan kari lalu dimakan agar dapat dilahirkan semula.



"Saya takut selama beberapa hari pada masa itu. Bayangkan mereka mahu potong saya dan masak dengan kari untuk dimakan semata-mata kerana kehilangan sijil kelahiran.



"Saya menangis teruk dan terus menangis, takut dimasak dengan kari dan dimakan," singkapnya.



Tunku Azizah juga berkongsi cerita mengenai cermin mata yang beliau pakai ketika zaman kanak-kanak.



"Saya mengalami ambliopia ketika kecil. Apabila memakai cermin mata sayap seperti yang digunakan oleh Lydia Sum, saya benar-benar kelihatan seperti orang Cina," katanya, merujuk kepada pelakon veteran Hongkong itu.



Ambliopia ialah gangguan pada perkembangan mata tanpa kerosakan ketara pada pancaindera itu atau saraf optik. Ia turut disebut sebagai 'lazy eye'.



Menurut Tunku Azizah, cermin mata yang dipakainya membuat beliau kelihatan seperti penyanyi Hongkong Jenny Tseng, sekali gus mendorong keluarganya memberikan nama samaran Cina itu kepadanya.



Dalam temu bual yang sama, Tunku Azizah juga menceritakan kisah seorang pekedai memanggil beliau 'kakak' kerana tidak tahu identiti sebenarnya.



Jurujual bernama Keat hanya menyedari kesilapannya selepas ditegur oleh rakan Tunku Azizah.



"Saya dan rakan saya ketawa kerana melihat muka terkejut Keat. Saya bagaimanapun memberitahu Keat dia boleh terus memanggil saya kakak," ceritanya.




"Darah Cina saya boleh dijejak kepada Wong Ah Gew (yang juga dikenali sebagai Sultanah Fatimah, isteri Sultan Abu Bakar bagi Johor). Beliau berasal daripada keluarga yang sangat kaya. Dikatakan, mereka pada masa itu ialah hartawan di Singapura yang sangat kaya seperti babak dalam filem Crazy Rich Asians."
- Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >