SPH Logo mobile
Langgan|

Raja Saudi pecat pegawai tinggi termasuk Menteri Haji dan Umrah

Raja Saudi pecat pegawai tinggi termasuk Menteri Haji dan Umrah

Mar 14, 2021 | 8:48 PM

Raja Saudi pecat pegawai tinggi termasuk Menteri Haji dan Umrah

ROMBAKAN TANPA PENJELASAN: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz (kiri) telah memecat beberapa pegawai tinggi dalam pemerintahan negaranya termasuk Dr Mohammed Saleh Taher Benten yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Haji dan Umrah. - Foto FAIL
ROMBAKAN TANPA PENJELASAN: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz (kiri) telah memecat beberapa pegawai tinggi dalam pemerintahan negaranya termasuk Dr Mohammed Saleh Taher Benten yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Haji dan Umrah. - Foto FAIL -

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz telah memecat beberapa pegawai tinggi dalam pemerintahan negara Teluk tersebut, lapor Saudi Press Agency pada Khamis (11 Mac).

Agensi berita melaporkan, antara yang dipecat termasuk Dr Mohammed Saleh Taher Benten yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Haji dan Umrah.

Menggantikannya buat sementara waktu kini adalah Menteri Negara dan ahli Kabinet, Encik Issam bin Saad bin Saeed.

Bagaimanapun, tiada alasan diberikan atas keputusan tersebut.

Kerajaan Arab Saudi itu turut menamatkan perkhidmatan Presiden Mahkamah Pentadbiran Tertinggi, Sheikh Ibrahim bin Suleiman bin Abdullah Al-Rasheed dan melantik Sheikh Ali bin Suleiman bin Ali Al-Sa'awi sebagai penggantinya.

Presiden Lembaga Umum Penerbangan Awam, Abdulhadi bin Ahmed Al-Mansouri, juga dipecat dan digantikan oleh Abdulaziz bin Abdullah Al-Duailej.

Dalam perintah diraja yang lain, Raja Salman melantik Abdulhadi bin Ahmed Al-Mansouri sebagai pembantu Menteri Luar untuk Urusan Eksekutif dan melepaskan Mohammad bin Tuwailea Al-Sulami daripada jawatannya sebagai pembantu Menteri di Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial.

Maher bin Abdulrahman bin Ibrahim Al-Qasim pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial sementara Abdulaziz bin Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Arifi dilantik sebagai pembantu Menteri Pengangkutan.

Raja Salman juga melantik Dr Samir bin Abdulaziz bin Mohammed Al-Tabib sebagai penasihat di Sekretariat Umum Majlis Menteri. - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg