Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Thailand lucut gelaran peneman diraja

Oct 22, 2019 | 02:31 PM



PENEMAN diraja kepada raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, Cik Sineenat Wongvajirapakdi, telah dilucutkan gelaran dan pangkat ketenteraannya atas sebab tidak setia dan tidak berterima kasih kepada raja, menurut pengumuman yang dibuat di akhbar Royal Gazette pada Isnin (21 Oktober).



Cik Sineenat, bekas jururawat berusia 34 tahun, telah dianugerahkan gelaran Peneman Diraja pada Julai, gelaran yang tidak diberikan kepada sesiapa selama hampir satu abad kerana raja-raja Thailand yang terdahulu memilih untuk mengamalkan monogami. 



Cik Sineenat merupakan peneman diraja  yang kedua dalam sejarah Thailand.



Pelantikannya sebagai peneman diraja bermula selepas Raja Maha Vajiralongkorn berkahwin dengan bekas pramugari dan timbalan ketua pasukan pengawal peribadinya, Cik Suthida Tidjai, 41 tahun, dan memilihnya menjadi ratu beberapa hari sebelum kemahkotaannya sebagai raja pada Mei.



Pada Ogos, biografi rasmi Cik Sineenat dan satu siri gambar beliau dan raja di pelbagai tempat dan sedang mengenakan pelbagai pakaian telah diterbitkan oleh laman rasmi istana Thailand, dalam satu langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, justeru yang menyebabkan laman web itu berhenti berfungsi kerana terlalu ramai yang cuba mengaksesnya dalam satu masa, menurut laporan The Straits Times (ST).



Antara foto yang disiarkan ialah foto yang menunjukkan Cik Sineenat memakai pakaian terdedah sambil memandu jet pejuang, dan foto beliau dan raja melakukan kegiatan bersama dalam keadaan rasmi dan tidak rasmi.



Menurut pengumuman itu pada Isnin, Cik Sineenat cuba menganiaya pelantikan Ratu Suthida dan telah masuk campur dalam hal ehwal pasangan diraja.



Pengumuman tersebut mendedahkan bahawa: "(Cik Sineenat) bertindak menentang perkahwinan diraja dan pelantikan (Ratu Suthida) sebagai ratu. Beliau telah melakukan apa sahaja untuk membatalkan pelantikan Ratu Suthida, supaya beliau dapat menjunjung takhta tersebut.”



"(Raja Maha Vajiralongkorn) telah melantiknya sebagai peneman diraja untuk mengurangkan (keinginannya untuk menentang pelantikan Ratu Suthida) itu.Namun, selepas meneliti tingkah lakunya buat sekian lama, ternyata Cik Sineenat didapati tidak berterima kasih dan tidak bersikap sewajarnya yang sesuai dengan gelaran yang telah diberikan kepadanya. "



Cik Sineenat juga dituduh telah menyalahgunakan nama raja untuk kepentingannya sendiri, sekaligus menyebabkan keretakan di kalangan pegawai di pejabat istana dan menipu mereka tentang statusnya.



Raja Maha Vajiralongkorn pernah berkahwin tiga kali ketika beliau menjunjung takhta sebagai putera mahkota, dan mempunyai tujuh anak - lima anak lelaki dan dua anak perempuan - daripada perkahwinannya.



Ratu Suthida merupakan isteri keempatnya. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >