Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Tongkol Jepun bayar hampir $1j bagi seekor tongkol

Jan 05, 2017 | 03:23 PM



TOKYO: 'Raja Tongkol' naik takhta sekali lagi - bayar ¥74.2 juta ($914,589) bagi seekor ikan tongkol bluefin.



Usahawan sushi Kiyoshi Kimura membayar harga tertinggi itu dalam lelong pertama tahun baru 2017 di pasar ikan Tsukiji di Tokyo pada Khamis (5 Jan).



Ikan tersebut seberat 212 kilogram.



Pada harga itu, sekeping lemak tuna sushi akan berharga kira-kira AS$85 ($122), atau 25 kali ganda harga AS$3.40 yang dikenakan Encik Kimura bagi makanan itu di 51 restorannya di seluruh Jepun.



"Saya rasa ia agak mahal, tetapi saya gembira saya menang di lelong itu bagi seekor tuna yang baik keadaan dan saiznya," kata beliau.



Encik Kimura telah membina rangkaiannya menjadi jenama nasional dengan membayar harga tinggi pada lelong pertama Tsukiji, pasar ikan terbesar di dunia, setiap tahun.



Beliau telah menang enam tahun berturut-turut, sekali gus menggunakan acara itu sebagai publisiti.



Pada 2013, beliau membayar harga rekod AS$1.8 juta bagi seekor tongkol bluefin - satu spesies terancam - semasa lelong Tahun Baru Tsukiji, mengalahkan saingan dari Hong Kong.



Pada Khamis, Encik Kimura keluar di rangkaian televisyen utama Jepun, memberitahu penonton ikan itu akan dipotong dan diedar ke semua restoran beliau.



Lelong itu mungkin yang terakhir di Tsukiji kerana ia dijadualkan pindah ke sebuah lokasi baru lewat tahun ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >