Topic followed successfully
Go to BHkuRaja Vajiralongkorn ditabal sebagai raja ke-10 Thailand
Raja Vajiralongkorn ditabal sebagai raja ke-10 Thailand
May 4, 2019 | 5:34 PM
Raja Vajiralongkorn ditabal sebagai raja ke-10 Thailand
RAJA KE-10 THAI: Raja Maha Vajiralongkorn ditabal sebagai raja ke-10 Thailand secara rasmi dalam satu upacara keagamaan pada 4 Mei 2019. - Foto AFP
BANGKOK: Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, ditabal sebagai raja ke-10 negara itu secara rasmi dalam satu upacara pagi tadi (4 Mei).
Ini merupakan upacara pertabalan pertama negara ini sejak 69 tahun lalu.
Raja Vajiralongkorn, 66 tahun, juga dikenali sebagai Rama X Thailand.
Rabu lalu, beliau mengejutkan ramai warga Thai dengan mengumumkan perkahwinannya dengan timbalan komander unit pengawal peribadinya Suthida Tidjai dan memberinya gelaran Ratu.

