Rakaman CCTV sahkan penyerang Berlin singgah di Perancis
Premium
Rakaman CCTV sahkan penyerang Berlin singgah di Perancis
Dec 28, 2016 | 5:30 AM
Rakaman CCTV sahkan penyerang Berlin singgah di Perancis
ANTARA RAKAMAN KAMERA: Suspek penyerang di pasar Krismas di Berlin, Anis Amri, kelihatan meninggalkan sebuah masjid di Berlin pada 20 Disember, menerusi rakaman kamera pengawasan. - Foto REUTERS -
PARIS: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesahkan bahawa Anis Amri yang disyaki sebagai penyerang trak di Berlin, yang kemudian ditembak mati oleh polis Italy, telah singgah di bandar Perancis, Lyon, dalam perjalanan kereta api ke Italy, menurut sumber yang rapat dengan siasatan itu.
"Seorang lelaki yang mirip pembunuh dikesan pada petang Khamis, 22 Disember lalu di platform stesen (Lyon-Part-Dieu), memakai topi dan beg galas," kata sumber itu, mengesahkan laporan media.

